Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.tis] | رينتيس

Definisi : = rintisan jalan kecil dlm hutan (yg baru sahaja dibuat); merintis 1. menerangi hutan (dgn me­ne­bangi kayu-kayuan dll) utk membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan me­nebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. me­man-cang tanah yg akan dibuat jalan: pe­kerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah dilaku-kan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama me­ngerjakan sesuatu, membuka jalan, mem­pelopori: galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg dirintis oleh peng­hapusan faham feuadal; 4. Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rum-bia; rintisan 1. rintis; 2. jalan kecil yg merupakan sempadan antara hutan yg sudah ditebas; 3. usaha yg pertama sekali (yg mula-mula); perintisan perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan orang Melayu yg di­lakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting; perintis 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka ja (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tis] | رينتيس

Definisi : , = rintisan jalan kecil yg baru dibuat dlm hutan. merintis 1 menebang pokok kayu dll di hutan utk membuat jalan: Mereka ~ hutan utk sampai ke kaki gunung itu. 2 = ~ jalan (pertama sekali) mengerjakan sesuatu usaha; mempelopori. rintisan 1 jalan kecil yg baru dibuka dlm hutan; rintis. 2 usaha yg mula-mula sekali. perintis, = ~ jalan orang dll yg mula-mula sekali mengerjakan sesuatu usaha; pelopor: ~ kemerdekaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintis
Kata Terbitan : rintisan, merintis, perintis,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak kami akan melaksanakan Sistem XX secara rintis. Jabatan perintis yang telah dikenal pasti adalah seperti berikut:..... Adakah betul penggunaan jabatan perintis? Atau jabatan rintis?Penggunaan yang betul ialah Jabatan perintis.Tatabahasa28.12.2021
Saya sedang melakukan penulisan. terdapat perkataan yang saya kurang jelas maksud dan penggunaannya. bolehkah pihak tuna/puan perjelaskan perkataan diabawah dan penggunaannya. Rintis, Merintis? Rentis, ?Untuk mendapatkan makna kata, sila manfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Contoh: (i) Rintis - jalan kecil atau usaha awal (ii) Merintis - menebang pokok untuk membuat jalan atau mempelopori sesuatu usaha (iii) Merentis - tiada dalam data kamiMakna21.11.2016
Salam sejahtera, Adakah "Safety Walk" sesuai diterjemahkan sebagai "Rintis Keselamatan" atau "Panduan Keselamatan"? Sekiranya terjemahan ini tidak sesuai, sila nyatakan pendapat dan cadangan anda. Penggunaan konteks: satu dasar yang diamalkan dalam sesebuah syarikat untuk meningkatkan kesedaran pekerja terhadap keselamatan. Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Berdasarkan konteks dasar yang diamalkan oleh sesebuah syarikat untuk meningkatkan kesedaran pekerja terhadap keselamatan frasa Panduan Keselamatan lebih sesuai digunakan.Penyemakan dan penterjemahan25.09.2018
Minta traslate 'Crash workshop' dalam Bahasa Melayu, adakah 'bengkel rintis' boleh digunakan. Terima Kasih.Cadangan padanan yang sesuai ialah Bengkel Sumbang Saran.Istilah19.06.2020
Apakah perbezaan antara pembuktian konsep (proof of concept) dengan projek/uji rintis (pilot project/test)? Adakah kedua-dua istilah ini membawa maksud yang sama?Soalan tuan/puan memerlukan rujukan khusus dan penjelasan yang lebih terperinci. Kami akan menghubungi tuan/puan melalui e-mel setelah mendapat maklumat berkenaan. Untuk maklumat tambahan, tuan/puan boleh melayari laman web https://prpm.dbp.gov.my/Istilah07.04.2022
Assalamualaikum. Soalan saya, apakah terjemahan yang tepat bagi 'bullet points'? Contoh ayat: Hasil daripada kajian rintis ini pengkaji hanya perlu menambah prompts dalam bentuk bullet points pada soalan 'bagaimanakah anda membesarkan anak autisme?'.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "bullet point" ialah simbol tanda peluru Makna13.07.2021
Assalam. boleh kah kiranya saya menggunakan KESAHIHAN bagi menggantikan "VALIDITY" untuk kontks ayat : 'Kepentingan perlaksanaan ujina rintis (Pilot sudy) untuk mendapatkan "validity of " soalan-soalan dalam borang soal selidik ?Istilah kesahihan ialah padanan bahasa Melayu yang betul untuk "validity". Walau bagaimanapun, kami berpendapat perkataan"mendapatkan" dalam ayat tersebut kurang tepat. Perkataan yang lebih sesuai ialah "menentukan" . (...untuk menentukan kesahihan soalan-soalan...)Istilah31.05.2016
Saya mencari maksud perkataan "rentis". Setelah membuat carian di carian kata, tiada maksud bagi perkataan rentis. Perkataan ini telah digunakan terutamanya bagi kata nama khas seperti Rentis Gunung Tahan di Taman Negara Pahang, Merapoh sebagai nama denai yang digunakan menuju ke puncak Gunung Tahan. Begitu juga tiada maksud bagi perkataan "merentis", perkataan yang sering digunakan untuk mewakili perbuatan membuka laluan baharu di dalam kawasan hutan. Saya mohon pencerahan. Terima kasih.

Tiada perkataan rentis dan merentis seperti yang dinyatakan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan perkataan yang paling hampir dengan konteks tersebut ialah rintis dan merintis. Rintis bermaksud jalan kecil yang baru dibuat di dalam hutan, manakala merintis pula bermaksud menerangi hutan (dengan menebangi kayu-kayuan dan lain-lain) untuk membuat jalan dan memancang tanah yang akan dibuat jalan.

Makna23.12.2022
Salam1Bahasa, 1. Apakah maksud program "1Million Women Purple Walk" dalam bahasa Melayu? 2. Soalan saya yang belum berjawab pada 7.2.2013, iaitu Yang manakah yang betul: a) badak sumatera ATAU badak Sumatera b) kucing parsi ATAU kucing Parsi c) kembar siam ATAU kembar Siam d) nasi kerabu Golok ATAU nasi kerabu golok Terima kasih.1. Dala data kami tiada terjemahan khusus bagi program "1miliion Women Purple Walk". Walau bagaimanapun, cadangan kami mengikut konteks tujuan penganjuran program tersebut ialah Rintis Perpaduan Sejuta Wanita.

2. Ejaan yang betul ialah kembar Siam, kucing Parsi, kembar Siam, nasi kerabu Golok.
Tatabahasa29.03.2013
Bilangan 2. Nurkhuzaizah binti Ismawi 1221 Jalan A43, Precint 4 Taman Warisan Puteri 70400 Seremban Negeri Sembilan. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Menara DBP Jalan Dewan Bahasa 50460 Kuala Lumpur. Tuan, PAKAR LARAS BAHASA INSTRUMEN KAJIAN Saya Nurkhuzaizah Ismawi adalah pelajar; Program: Master Tajaan: HLP Bahagian Tajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia Universiti: Universiti Putra Malaysia Fakulti: Pendidikan Bidang: Kurikulum dan Pengajaran ingin memohon jasa bakti pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menyemak penggunaan perkataan atau laras bahasa yang digunakan dalam borang soal selidik yang akan diberikan kepada responden kajian. Untuk makluman, kajian rintis akan mula dijalankan pada 11 April 2022. Saya berharap selepas mendapat semakan dan pengesahan daripada pihak DBP, soal selidik tersebut akan lebih berkualiti dan dapat difahami oleh responden yang terlibat. Bersama ini saya lampirkan beberapa borang soal-selidik untuk dinilai dan disemak. Kerjasama daripada pihak DBP, saya ucapkan jutaan terima kasih. "Berilmu Berbakti" Nurkhuzaizah Ismawi Hp: 011-10399863Pelanggan telah dihubungi melalui panggilan telefon.Lain-lain04.04.2022
12

Kembali ke atas