Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rin.tis] | رينتيس

Definisi : = rintisan jalan kecil dlm hutan (yg baru sahaja dibuat); merintis 1. menerangi hutan (dgn me­ne­bangi kayu-kayuan dll) utk membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan me­nebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. me­man-cang tanah yg akan dibuat jalan: pe­kerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah dilaku-kan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama me­ngerjakan sesuatu, membuka jalan, mem­pelopori: galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg dirintis oleh peng­hapusan faham feuadal; 4. Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rum-bia; rintisan 1. rintis; 2. jalan kecil yg merupakan sempadan antara hutan yg sudah ditebas; 3. usaha yg pertama sekali (yg mula-mula); perintisan perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan orang Melayu yg di­lakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting; perintis 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka ja (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rin.tis] | رينتيس

Definisi : , = rintisan jalan kecil yg baru dibuat dlm hutan. merintis 1 menebang pokok kayu dll di hutan utk membuat jalan: Mereka ~ hutan utk sampai ke kaki gunung itu. 2 = ~ jalan (pertama sekali) mengerjakan sesuatu usaha; mempelopori. rintisan 1 jalan kecil yg baru dibuka dlm hutan; rintis. 2 usaha yg mula-mula sekali. perintis, = ~ jalan orang dll yg mula-mula sekali mengerjakan sesuatu usaha; pelopor: ~ kemerdekaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rintis
Kata Terbitan : rintisan, merintis, perintis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pilot filmfilem rintisKomunikasiKorporatBahagian atau siri awal filem atau televisyen yang sedang berada di peringkat pelaksanaan. Filem rintis dihasilkan pada peringkat awal untuk dipertontonkan kepada pihak tertentu bagi mendapatkan persetujuan penganjur bagi sesuatu projek penerbitan seperti dokumentari video korporat. Selain itu, filem rintis digunakan untuk mendapatkan kelulusan peruntukan kewnagan bagi projek penerbitan dari institusi kewangan dan mendapatkan penajaan untuk penyiaran filem atau rancangan televisyen. Filem rintis biasanya dihasilkan sebelum sesuatu filem berkenaan diterbitkan sepenuhnya. Penerbit filem boleh terdiri daripada perunding penerbitan dan penerbit dalaman.
little magazinemajalah rintis sasteraKesusasteraanTiadaMajalah rintis sastera: Jurnal sastera yang mempunyai penyebaran kecil, modal terbatas biasanya mengalami masa penerbitan yang singkat.
pilot programrancangan rintisKomunikasiKorporatSatu atau dua episod pertama bagi rancangan lengkap yang diterbitkan dalam bentuk rancangan rantaian atau bersiri untuk dihantar ke stesen radio atau televisyen bagi mendapatkan kelulusan siaran secara tetap. Rancangan rintis boleh menjadi alat ukuran kepada mutu keseluruhan kandungan rancangan dan mutu pengurusan penerbitan termasuk mutu karyawan yang terlibat dalam penghasilan rancangan tersebut. Bagi stesen televisyen dan radio, kelulusan untuk penerbitan episod seterusnya serta kelulusan untuk mendapatkan sokongan kewangan banyak bergantung pada rancangan rintis yang diluluskan.
pilot testingujian rintisTeknologi MaklumatTiadaProses menilai sesuatu perisian/perkakasan dalam persekitaran yang lebih kecil berbanding dengan persekitaran sepenuhnya dalam sesebuah organisasi. Ujian rintis dijalankan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah yang timbul sebelum pelaksanaan sepenuhnya dilakukan. Contohnya, pelaksanaan sekolah bestari dirintis dahulu di berapa sekolah sebelum diperluas di sekolah seluruh negara.
pilot studieskajian rintisPerubatanTiadaKajian pertama yang dilakukan dalam skala yang kecil untuk menilai kebolehlaksanaan dan kemungkinan kajian seterusnya dijalankan. Kajian ini menggunakan saiz sampel yang kecil tetapi menyerupai ciri-ciri sampel yang akan digunakan dalam kajian besar berikutnya. Hasil daripada kajian rintis akan digunakan oleh pengkaji untuk membuat kajian yang lebih berkesan dan bermanfaat.
pilot projectprojek rintisPentadbiranPentadbiran Awam

Kajian awal yang dibuat tentang sesuatu perkara bagi mengetahui sejauh mana ia boleh diterokai dalam suatu penyelidikan yang lebih besar dan produktif. Kajian seperti ini dilakukan sebelum memulakan sesuatu projek yang lebih besar dengan belanja yang banyak serta tempoh masa yang panjang. Projek rintis ini boleh mengenalpasti sebarang bentuk kelemahan, kekuatan dan aspek lain yang tidak dijangka. Ia kemudian boleh mencadangkan penambahbaikan atau menentukan sama ada projek yang lebih besar itu akan diteruskan atau tidak.

trailrintis(an)GeologiTiadaTiada
trailrintis(an)PerhutananTiadaTiada
trackrintisUmumTiadaJalan yang baru dibuat, biasanya di dalam hutan, taman, pusat rekreasi dan lain-lain.
pilotjuruterbang;rintisPendidikanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas