Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rit.ma] | ريتما

Definisi : 1. urutan proses semula jadi yg berulang dlm sela masa yg tetap: kiraan ~ dapat mem­bantu jika pusingan haid anda tetap, namun kaedah ini tidak boleh diamalkan jika anda mengalami pusingan haid yg tidak dapat diduga; ~ denyutan jantung; 2. IB irama: salah satu hasilnya ialah ~ drama yg teratur dan agak halus; manakala ~ pula me­rupakan alunan yg teratur dan berulang-ulang sehingga menghasilkan kepuitisan puisi itu; beritma berirama: gerak-geri yg ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rit.ma] | ريتما

Definisi : 1 turun naik bunyi atau lagu secara teratur; irama: Gimnas hendaklah peka terhadap ~ muzik. 2 ist urutan kejadian atau aktiviti yg berulang dlm sela masa yg tetap, mis denyutan jantung. beritma mengikut ritma; berirama: gerak-geri yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ritma (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan rima, rentak, irama, tempo.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dysrhythmiadisritmiaPerubatanTiadaGangguan ritma, seperti ketaknormalan ritma pertuturan.
antiarrhythmicantiaritmiaHerbaFitoterapiBahan yang berupaya mengembalikan ritma kardium kepada keadaan ritma normal.
rhythmritmaMuzikTiada

 Panjang dan pendek not muzik. Terdapat pelbagai corak rit­ma. Contoh corak ritma utama ialah duplet, triplet, kuadruplet, kuintuplet dan ritma bertitik.

circadian rhythmritma sirkadianBiologiGenetikRitma biologi yang mempunyai jangka masa kitar selama lebih kurang 24 jam.
circadian rhythmsritma sirkadianPsikologiPsikologi UmumKitaran ritma biokimia, fisiologi atau tingkah laku manusia yang berlaku dalam tempoh lebih kurang 24 jam.
rhythm patternpola ritmaKesenianTiadaKedudukan dan susunan ritma dalam gubahan muzik.
rhythmic modemod ritmaKesenianTiadaRasa yang diterbitkan daripada susunan ritma dalam gubahan muzik.
rhythmritmaKesusasteraanTiadaPola bunyi yang mengandungi rentak berulang dengan kekerapan yang hampir sama. Ritma terdiri daripada empat hingga lima rentak. Sesebuah puisi biasanya dijelmakan melalui pola metrikal, iaitu satu urutan rentak bersukat dan tidak bersukat. Pola ini disusun dalam baris-baris puisi yang mengawal silih tekanan dalam suku kata.
circadian rhythmritma sirkadianVeterinarPraklinikalProses biologi berkitaran yang mempengaruhi fungsi fisiologi dan kelakuan organisma. Ritma sirkadian ini dikawal oleh nukleus suprakiasma (SCN) dalam otak. Sinonim jam biologi.
antiarrhythmiaantiaritmiaPerubatanTiadaKeadaan wujudnya ritma apabila bahan ubat digunakan untuk membetulkan ritma tak normal tindakan jantung.
12345678910...

Kembali ke atas