Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.wa.yat] | روايت

Definisi : Ar 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. ke­terangan atau berita tentang perbuatan (per­kataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isteri­nya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (ke­jadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala se­suatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (meng­habiskan) ~nya a) meng­habiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp mem­bunuh atau mem­binasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah; beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. me­ngan­dungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah; meriwayatkan 1. menceritakan, me­ngi­sah­kan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg di­riwayatkan oleh Muslim; periwayatan perbuatan (proses) meng­hurai­kan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil; periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg me­ri­wayat-kan hadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.wa.yat] | روايت

Definisi : 1 peristiwa yg benar-benar berlaku pd masa yg lampau; sejarah: ~ perjuangan Nabi Muhammad SAW. 2 kisah atau cerita yg turun-temurun: Pd suatu ~, gua batu itulah kapal Si Tenggang. 3 = ~ hidup keterangan atau huraian mengenai segala yg telah dialami oleh seseorang; biografi. beriwayat 1 menuturkan riwayat; bercerita. 2 mempunyai sejarah; bersejarah. meriwayatkan menceritakan sesuatu; mengisahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riwayat (kata nama)
1. Bersinonim dengan cerita: kisah, hikayat, rawi,

2. Bersinonim dengan sejarah: babad, peristiwa benar, kejadian benar, tambo, teromba, tawarikh,

Kata Terbitan : meriwayatkan, periwayat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Bagaimanakah penggunaan tanda baca yang setepatnya bagi penulisan riwayat hadis? Contoh: Ertinya: Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata, daripada Ibn Juraij, beliau berkata, daripada al-Zuhri, beliau berkata, daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, Baginda menanggalkan cincinnya." Harap pihak tuan/puan perhatikan ketepatan setiap tanda baca yang saya gunakan. Terima kasih.Cara penulisan hadis yang betul:

Riwayat Hammam bin Yahya, beliau berkata daripada Ibn Juraij, beliau berkata daripada al-Zuhri, beliau berkata daripada Anas, beliau berkata, "Tatkala Rasulullah SAW hendak masuk ke tandas, baginda menanggalkan cincinnya."
Tatabahasa21.11.2019
1. Saya hendak mengetahui makna perkataan Biografi dan Jurnal secara spesifik. Terima Kasih.

Merujuk Kamus Dewan biografi bermaksud; 1. riwayat atau kisah hidup seseorang; 2. cabang sastera yang berkaitan dengan riwayat atau kisah hidup seseorang. Manakala jurnal bermaksud 1. terbitan atau majalah berkala yang khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu; 2. akhbar harian atau mingguan; 3. buku catatan harian tentang peristiwa-peristiwa yg berlaku.

Makna15.04.2009
Apakah maksud pentadbiran? saya memerlukan riwayat hidup sultan kedah... sultan abdul halim, sultan badlishah dan sultan abdul hamid...

Sdr.

Pentadbiran mengikut definisi Kamus Dewan adalah ...' perbuatan mentadbir, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan". Sultan Abdul Hamid Halim Syah adalah Sultan Kedah ke 25 (1882-1943), Sultan Badlishah adalah Sultan Kedah ke 27 (1943-1958) dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Syah adalah Sultan Kedah ke 28 (1958-). Biodata duli tuanku boleh dirujuk dalam Ensiklopedia Sejarah, Kebudayaan Melayu terbitan DBP.

 

Lain-lain22.08.2008
salam...saya ingin mengetahui tentang riwayat hidup Mejar Dato` Mohd Said Sulaiman serta sumbangannye dalam perkembangan bahasa Melayu

Sila rujuk bahan ini :

Biografi Mejar Mohd Said Sulaiman. oleh Ratna Inzah. Majalah Pelita Bahasa . keluaran Disember 1989

Lain-lain23.03.2008
Mohon pencerahan tentang ayat yang betul (1) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim atau (2) Hadis daripada Bukhari dan Muslim (3) Hadis Bukhari dan MuslimKetiga-tiga ayat ni betul. Walau bagaimanapun antara ayat pertama dan ayat kedua, ayat pertama lebih banyak digunakan dalam laras agama, manakala ayat ketiga menunjukkan penjenisan hadis mengikut perawi.Tatabahasa05.03.2020
maksud buku biografiBuku biografi ialah buku mengenai riwayat atau kisah hidup seseorang.Tatabahasa12.03.2013
Sila jelaskan ayat yang mana betul? 1. Makalah/buku ini adalah mengenai dengan riwayat hidup seorang tokoh politik yang terkenal. 2. Makalah/buku ini adalah mengenai seorang tokoh politik yang terkenal.

Ayat yang betul ialahMakalah/buku ini mengenai seorang tokoh politik yang terkenal.”

Tatabahasa24.01.2022
apa itu teromba dan contoh-contohnya?Teromba ialah sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tambo, riwayat.Makna25.01.2007
Saya Nuruyah Cheadeng, sedang belajar Bahasa Melayu dasar,Di selatan Thai ingin bertanya,Apakah buku yang mengceritakan riwayat kemajuan pattani dimasa silam,terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Sejarah Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. Puan juga boleh merujuk laman web http://www.ukm.my/penerbit/f569-x.html untuk buku terbitan UKM. Lain-lain06.11.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan istilah yang sesuai bagi "curriculum vitae"? Adakah vitae kurikulum atau kurikulum vitae? Kalau di Indonesia, biasanya disebut Daftar Riwayat Hidup. Terima kasih.Padanan curriculum vitae ialah kurikulum vitae.Penyemakan dan penterjemahan05.05.2015
12

Kembali ke atas