Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ri.wa.yat] | روايت

Definisi : Ar 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. ke­terangan atau berita tentang perbuatan (per­kataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isteri­nya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (ke­jadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala se­suatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (meng­habiskan) ~nya a) meng­habiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp mem­bunuh atau mem­binasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah; beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. me­ngan­dungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah; meriwayatkan 1. menceritakan, me­ngi­sah­kan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg di­riwayatkan oleh Muslim; periwayatan perbuatan (proses) meng­hurai­kan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil; periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg me­ri­wayat-kan hadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ri.wa.yat] | روايت

Definisi : 1 peristiwa yg benar-benar berlaku pd masa yg lampau; sejarah: ~ perjuangan Nabi Muhammad SAW. 2 kisah atau cerita yg turun-temurun: Pd suatu ~, gua batu itulah kapal Si Tenggang. 3 = ~ hidup keterangan atau huraian mengenai segala yg telah dialami oleh seseorang; biografi. beriwayat 1 menuturkan riwayat; bercerita. 2 mempunyai sejarah; bersejarah. meriwayatkan menceritakan sesuatu; mengisahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riwayat (kata nama)
1. Bersinonim dengan cerita: kisah, hikayat, rawi,

2. Bersinonim dengan sejarah: babad, peristiwa benar, kejadian benar, tambo, teromba, tawarikh,

Kata Terbitan : meriwayatkan, periwayat,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
psychiatric historyriwayat psikiatrikriwayat psikiatririwayat psikiatrikPerubatan
case history studykajian riwayat kasuskajian riwayat keskajian riwayat kesVeterinar
pregnancy historyriwayat kehamilanTiadariwayat kehamilanPerubatan
life historyriwayat hidupTiadariwayat hidupPerubatan
medication historyriwayat pengubatansejarah pengubatan;inpeksiriwayat pengubatanFarmasi
anamnesiaanamnesis/riwayat penyakitTiadaanamnesis/riwayat penyakitPerubatan
family historykisah kesihatan keluargaTiadariwayat keluargaPerubatan
biographybiografi/riwayat hidupriwadiri/biografibiografiKesusasteraan
narrative present tensekala kini naratifkala kini naratifkala kini cerita/ kala kini riwayatLinguistik

Kembali ke atas