Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.boh] | روبوه

Definisi : 1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang; merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, ke­kua­saan, dll); 4. membinasakan, me­luntur­kan (iman, pendirian, harapan, dll); robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; kerobohan perihal atau keadaan roboh, ke­runtuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; perobohan perihal atau perbuatan me­roboh­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.boh] | روبوه

Definisi : 1 jatuh atau rebah kerana dipukul ribut dll; musnah; runtuh; tumbang: Rumah-rumah di tepi laut itu telah habis ~ dipukul ribut. 2 ki jatuh (dlm berbagai-bagai erti spt bankrap, kalah); luntur (bkn iman atau pendirian). merobohkan 1 meruntuhkan (rumah dll). 2 menumbangkan (pokok dll). robohan sisa drpd sesuatu yg telah roboh; runtuhan. kerobohan keadaan atau hal roboh. perobohan perbuatan atau hal merobohkan: ~ rumah-rumah setinggan telah dijalankan secara berperingkat-peringkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
roboh (kata kerja)
Bersinonim dengan runtuh, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, terjelabak, rahak, amberuk, amberol;,
Kata Terbitan : merobohkan,

Puisi
 

Kalau roboh Kota Melaka,
     Ambillah pedang menyabit rumput;
Kalaulah sungguh menahan cinta,
     Laksana kapal dipukul ribut.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Biar merangkak jangan menjalar.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bringc. cause st to fall, collapse, (tree) menumbangkan, menyebabkan [sst] tumbang; (house) merobohkan, meruntuhkan, menyebabkan [sst] /roboh, runtuh/, [with non-human agent, tumbang, roboh, runtuh are preferred]: the earthquake brought down many houses, banyak rumah yg roboh akibat gempa bumi; d. cause the fall of st, /meruntuhkan, menjatuhkan/ sst, [with non-human agent, runtuh, jatuh are preferred]: the scandal brought down the government, kerajaan runtuh akibat skandal itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cavevi; ~ in, a. collapse, roboh, runtuh: the roof of the old mine shaft ~d in, bumbung lombong lama itu roboh; b. surrender, menyerah: the besieged troops finally ~d in, askar-askar yg terkepung itu akhirnya menyerah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tumbledownadj hampir /runtuh, roboh/: a ~ castle, istana yg hampir runtuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tumble~ down, fall down, runtuh, roboh: some buildings ~d down in the earthquake, sesetengah bangunan runtuh akibat gempa bumi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fall~ in, a. collapse, runtuh, roboh: the roof fell in, bumbung itu runtuh; b. sink in, cengkung: his cheeks have ~en in, pipinya cengkung; c. (of debt etc) sampai tempohnya; ~ in with, a. meet by chance, bertembung: we fell in with some students on the way, kami bertembung dgn beberapa penuntut dlm perjalanan; b. comply with, bersetuju dgn: he fell in with her suggestion, dia bersetuju dgn syornya; c. be in accord with, bersesuaian dgn: their ideas exactly fell in with ours, idea-idea mereka benar-benar bersesuaian dgn idea-idea kami; ~ in love, jatuh cinta;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
top1/collapse, fall/ on ~ of /so., st/, /roboh, tumbang/ /menghempap, menimpa/ /sso, sst/: the tree fell on ~ of the car crushing the bonnet, pokok yg tumbang itu menimpa motokar dan meremukkan bahagian bonet;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
comef. (of ceiling, wall, etc) collapse, roboh; g. be reduced, lessen, jatuh, turun; (of weight) turun: the price of gold came down suddenly, harga emas jatuh dgn tiba-tiba; h. land, mendarat: the plane came down safely, kapal terbang itu selamat mendarat; i. be destroyed, dimusnahkan: to implement our plan, the pre-war buildings must ~ down, utk melaksanakan rancangan kami, bangunan-bangunan sebelum perang itu mesti dimusnahkan; ~ down in the world, martabat sso jatuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cavevt; ~ st in, /merobohkan, meruntuhkan/ sst, menyebabkan sst /roboh, runtuh/: the floodwaters ~d in the retaining wall, air bah merobohkan tembok penahan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
collapsevi 1. fall down or in, runtuh, roboh: the buildings ~d during the earthquake, bangunan-bangunan itu runtuh semasa gempa bumi; 2. fall or fail suddenly, a. (of price, market, business enterprise, etc) jatuh: the price of wool ~d during the, Depression, harga bulu biri-biri jatuh semasa Zaman Kemelesetan; b. (of project, plan, peace talk, etc) gagal: the project ~d because of financial difficulties, projek itu gagal oleh sebab kesulitan kewangan; c. (of argument, story, opposition, etc) terhapus: with the presentation of new evidence, the arguments he had put forward ~d; dgn bukti-bukti yg dikemukakan itu, hujah-hujah yg diutarakannya terhapus; d. (of marriage) runtuh, musnah, hancur; e. (of hopes) hancur, musnah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
collapsen 1. falling down or in (of structure) keruntuhan, robohnya, runtuh, roboh; 2. sudden fall or failure, a. (of price, market, business enterprise, etc) kejatuhan, jatuh: the ~ of the franc, kejatuhan franc; the ~ of the share market in 1939, kejatuhan pasaran saham pd tahun 1939; a country whose economy is on the verge of ~, sebuah negara yg hampir mengalami kejatuhan ekonomi; b. (of project, plan, peace talk, etc) kegagalan; (of hopes) musnah, hancur; 3. breakdown, keruntuhan: a nervous ~, keruntuhan saraf;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas