Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.bo.tik] | روبوتيک

Definisi : bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.bo.tik] | روبوتيک

Definisi : bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata robotik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud robotik menurut kamus dewan beserta muka surat ke berapa dalam kamus tersebut?Maknanya ialah bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot.Makna05.07.2010
apakah maksud dunia robotik menurut kamus dewan beserta muka surat?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, halaman 1338, dunia robotik bermaksud bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot.Lain-lain04.07.2010
As'salam. Saya ingin bertanya istilah yang tepat bagi perkataan Robotic arm, adakah Lengan robotik atau Robot lengan. Terima kasihPenggunaan yang betul ialah lengan robotik.Penyemakan dan penterjemahan31.07.2018
Sila menterjemahkan ke dalam bahasa Jawi STUDIO LEGO ROBOTIK

ستوديو ليݢو روبوتيک

Ejaan26.12.2019
Salam sejahtera. Saya Ayu Shahirah daripda Branding Digital Content di Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Kami telah menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk kandungan di media sosial kami iaitu Kamus Digital MARii. Setiap minggu, kami akan menterjemah terma-terma digital dan teknologi yang biasa digunapakai oleh kebanyakan orang. Namun, terdapat beberapa terma yang masih tiada terjemahan dalam data DBP. Mohon pencerahan dan jawapan bagi terma-terma di bawah: Additive Manufacturing Mobility as a Service (MaaS) Human-Machine-Interface (HMI) Blockchain Lean manufacturing Vehicle to Everything (V2X) Adaptive Cruise Control Infotainment Anti-Lock Braking System Kerjasama pihak DBP amatlah kami harapkan kerana MARii ingin terus memberikan info baru tentang dunia teknologi dan automotif kepada semua pengikut. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

additive manufacturing - pembuatan berdaya tambah

Mobility-as-a-Service (MaaS) - Mobiliti sebagai Perkhidmatan

Human-Machine Interface (HMI) - Antara muka Manusia-Mesin

Lean manufacturing - pembuatan Lean

vehicle to everything (V2X) - kenderaan hubung segalanya

adaptive cruise control - kawalan jelajah mudah suai

anti-lock braking system - sistem pembrekan antikunci


Berdasarkan data PRPM, padanan istilah tersebut seperti yang berikut:

blockchain - blok rantai

infotainment - maklumat hibur

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain08.09.2021
1. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS COMPETITION 2. ONLINE NATIONAL ROBOTICS COMPETITION 3. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS OPEN COMPETITION senarai di atas merupakan nama pertandingan. saya ingin mohon bantuan untuk menterjemahkan kepada bahasa melayu terima kasih atas bantuan.Cadangan terjemahan bagi frasa tersebut seperti yang  berikut:
1. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS COMPETITION - PERTANDINGAN ROBOTIK MAYA KEBANGSAAN 

 2. ONLINE NATIONAL ROBOTICS COMPETITION - PERTANDINGAN ROBOTIK DALAM TALIAN KEBANGSAAN 

 3. VIRTUAL NATIONAL ROBOTICS OPEN COMPETITION - PERTANDINGAN TERBUKA ROBOTIK MAYA KEBANGSAAN 
Makna26.08.2020
Saya ingin memohon bantuan terjemahan untuk frasa "MACH4's modular robotic solutions" dalam ayat, "MACH4's modular robotic solutions allow for dispensing medications in original manufacturers' packages and complement the innovative software capabilities of Omnicell dispensing systems" Sekian pertanyaan saya.Cadangan kami frasa tesebut diterjemahkan kepada "penyelesaian robotik modular MACH4'S".Penyemakan dan penterjemahan25.03.2015
Assalamualikum dan selamat sejahtera. Dewan bahasa dan Pustaka merupakan badan yang bertanggungjawab dalam pembentukan istilah bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa pertanyaan mengenai peristilahan: 1. Apakah proses penting bagi DBP dalam pembentukan sesuatu istilah? 2. Bagaimanakah DBP memilih sesuatu istilah terutamanya yang wujud dari media sosial untuk dibentuk? Adakah dengan melihat dari segi populariti penggunaannya atau aspek lain?Waalaikumsalam wbt. Terima kasih atas persoalan tentang pembentukan istilah DBP. Bagi soalan yang pertama, terdapat beberapa langkah yang penting untuk menggubal sesuatu istilah. Boleh rujuk Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu yang menggariskan beberapa langkah dalam proses pembentukan istilah, iaitu: 1. Perkataan bahasa Melayu yang lazim digunakan (umum). 2. Perkataan bahasa Melayu yang kurang lazim digunakan. 3. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang lazim digunakan. 4. Perkataan bahasa serumpun atau dialek Melayu yang tidak lazim digunakan. 5. Perkataan atau istilah daripada bahasa Inggeris. 6. Penggunaan perkataan daripada bahasa lain (Arab, Latin dan lain-lain). 7. Membuat pemilihan terbaik mengikut tertib antara langkah pertama hingga langkah keenam. Bagi soalan kedua pula, pihak DBP tidak hanya melihat populariti istilah di media sosial sahaja tetapi banyak faktor lain dalam menggubal padanan istilah bahasa Melayu, antaranya: 1. Melihat kepada konsep dalam bahasa sumber berdasarkan rujukan kamus dan korpus tempatan dan luar negara (Oxford, Collins, Cambridge). 2. Kepentingan istilah dalam pelbagai bidang baharu dan sedia ada, contohnya istilah-istilah dalam bidang Kecerdasan Buatan, Robotik dan sebagainya. 3. Kekerapan penggunaan istilah dalam korpus tempatan dan luar negara sama ada dalam bentuk penulisan ilmiah, berita dan artikel. Sekian.Lain-lain16.10.2020

Kembali ke atas