Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.dén.sia] | رودينسيا

Definisi : (rodénsia) (Bio) binatang mamalia kecil, spt tikus, arnab dan tupai, yg mem­punyai gigi depan yg tajam dan kuat utk mengunggis makanan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.dén.sia] | رودينسيا

Definisi : ist haiwan mamalia spt tikus, tupai yg menggerit atau yg mengunggis (mempunyai gigi kacip yg besar). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rodensia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RODENSIA UMUM 
SPRINGHARE

Springhare ialah rodensia yang hidup di timur dan

selatan Afrika. Ia juga dikenali sebagai springhaas,

atau Cape jumping hare. Springhare hidup dalam

lubang yang panjang dalam tanah yang mempunyai

satu atau banyak tempat masuk. Haiwan ini aktif

terutamanya pada waktu malam. Springhare sering

meloncat seperti kanggaru, hanya menggunakan kaki

belakangnya yang panjang. Ia mungkin meloncat

sejauh 3 meter dalam satu loncatan.

UMUM 
TIKUS KANGGARU

Tikus kanggaru ialah rodensia yang melompat

seperti kanggaru dengan menggunakan kaki

belakangnya yang panjang dan kuat. Tikus

kanggaru membesar hanya kira-kira 38 sentimeter

panjangnya termasuk ekornya sepanjang lebih

daripada 20 sentimeter. Ia mempunyai kaki depan

yang pendek, kepala dan mata yang besar.

Bulunya yang lembut berkilat berwarna kuning

atau perang di bahagian atas dan putih di bahagian

bawah.

UMUM 
AGOUTI

 Agouti ialah rodensia yang hidup di hutan tebal

dari selatan Mexico, hingga ke utara Argentina,

dan di Hindia Barat.

UMUM 
PAKA

Paka ialah rodensia besar yang terdapat di kawasan

tropika Amerika Utara dan Amerika Selatan.

UMUM 
NUTRIA

Nutria, juga dikenali sebagai coypu , ialah

rodensia besar yang tinggal dalam air segar atau

berhampiran dengannya. Nutria berasal dari

selatan Amerika Selatan, tetapi telah

diperkenalkan ke negara-negara lain untuk

diternak bagi bulunya. Bulunya dikenali sebagai

“nutria”, iaitu perkataan Sepanyol bagi memerang.

Bulu nutria digunakan untuk membuat kot dan

sarung tangan, manakala dagingnya digunakan

untuk membuat makanan haiwan kesayangan.

UMUM 
CHINCHILLAChinchilla ialah haiwan kecil yang dihargai
kerana bulunya yang lembut dan tebal. Ia adalah
rodensia, iaitu mamalia kecil yang mempunyai gigi
khas untuk menggerogot.
UMUMUmum
TIKUS

Tikus ialah mamalia berbulu yang kelihatan

seperti cencorot tetapi lebih besar. Jenis tikus yang

paling kecil membesar lebih panjang dan lebih

berat daripada mencit yang terbesar. Seperti

cencorot, beaver, dan tupai, tikus adalah rodensia .

Semua haiwan demikian mempunyai gigi depan

bak pahat yang terutamanya sesuai untuk

menggerit.

UMUM 
PINJAL

Pinjal ialah serangga kecil, tidak bersayap yang

hidup pada mamalia dan burung, dan menghisap

darah sebagai makanan. Pinjal adalah perosak yang

berbahaya kerana ia boleh membawa kuman yang

menyebabkan wabak dan tifus. Ia mendapat kuman

penyakit apabila menggigit tikus dan lain-lain

rodensia yang dijangkiti. Pinjal boleh merebakkan

penyakit semasa ia menggigit haiwan lain. Lihat

Tifus; Wabak bubonik.

UMUM 
MARMOT

Marmot ialah anggota terbesar dalam famili

tupai. Marmot hidup dalam lubang, dan terdapat di

sebahagian besar Hemisfera Utara. Marmut adalah

rodensia.

UMUMUmum
12

Kembali ke atas