Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.dium] | روديوم

Definisi : (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat aloi, barang kemas, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.dium] | روديوم

Definisi : ist sj unsur logam drpd bijih platinium yg digunakan utk membuat aloi, barang kemas, dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rodium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rhodium sulphaterodium sulfatKimiaTiadaTiada
tris (triphenylphosphine) rhodium chloriderodium klorida)KimiaTiadaTiada
catalytic convertorpenukar bermangkinKejuruteraan AutomotifEnjinAlat yang terdapat dalam sistem ekzos yang mengandungi mangkin aktif seperti platinum, paladium dan rodium. Alat ini berperanan untuk menyingkirkan atau mengurangkan gas ekzos berbahaya melalui proses tindak balas kimia. Pemangkin platinum dan paladium akan merangsang tindak balas pengoksidaan bagi karbon monoksida dan hidrokarbon tidak terbakar yang terdapat dalam gas ekzos kepada air dan karbon dioksida, sementara pemangkin podium bertindak mengurangkan gas nitrogen oksida dan menukarkannya kepada nitrogen dan oksigen. Penukar bermangkin ini biasanya berbentuk silinder bujur. Sinonim pemangkin platinium dan paladium, pemangkin podium.
ammonia-oxidation processproses pengoksidaan ammoniaKimiaTiadaProses penghasilan asid nitrik melalui pengoksidaan bermangkin gas ammonia dengan udara pada permukaan platinum-rodium pada suhu 900øC.
Pt group metalkumpulan logam PtKejuruteraanKejuruteraan KimiaKumpulan logam berharga tinggi yang digunakan dalam tindak balas kimia bermangkin. Kumpulan ini terdiri daripada rutenium, rodium, paladium, iridium, osmonium, dan platinum.
iridosmineiridosminGeologiTiadaMineral rombohedron yang berwarna putih timah atau kelabu keluli, berupa aloi jati yang mengandung 20 - 68% iridium dan 32 - 80% osmium, dan biasanya mengandung sedikit rodium, platinum, rutenium, besi, dan tembaga.
front-surface mirrorcermin permukaan hadapanPergigianTiadaSejenis alat pergigian yang boleh digunakan untuk melihat gigi atas secara pembalikan. Ia juga boleh digunakan untuk memantulkan cahaya. Cermin ini tidak menghasilkan bayang atau herotan. Permukaan cermin ini disadur dengan rodium. Cermin ini digunakan dalam bidang endodontik.
rhodiumrediumKimiaTiadaUnsur logam peralihan dalam kumpulan VIIIB (atau 9) jaduala berkala, simbol Rh, nombor atom 45, berat atom 102.906, nombor pengoksidaan +3, takat lebur 1966°C, takat didih 3727°C, berbentuk pepejal putih, dan larut di dalam kalium bisulfat lakur. Unsur ini diekstrak daripada bijih platinum semasa proses penulenan bijih tersebut. Rodium digunakan untuk membuat aloi, termogandingan, mangkin, barang kemas, penyalut logam dan mangkuk pijar.
dual bed catalytic converterpenukar bermangkin batas duaanKejuruteraan AutomotifEnjinPenukar bermangkin yang terbentuk daripada gabungan dua saluran dalam sebuah bekas yang dipasang pada ekzos. Penukar ini berfungsi untuk mengawal dan menyingkirkan gas karbon monoksida, nitrogen oksida dan sebatian hidrokarbon tidak terbakar daripada pancaran ekzos. Proses ini berlaku apabila gas tersebut mengalir melalui dua saluran yang bersalut platinum dan rodium, dan saluran yang bersalut platinum dan paladium.

Kembali ke atas