Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.ha.niah] | روحانيه

Definisi : Ar 1. bkn dgn roh, rohani: secara ~, manusia itu bebas; 2. kerohanian: nilai-nilai hidup ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ha.niah] | روحانيه

Definisi : 1 bkn dgn roh; rohani. 2 sifat-sifat rohani; kerohanian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rohaniah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anagogic interpretationtafsiran anagogiKesusasteraanTiadaTafsiran terhadap kata-kata atau karangan yang bercorak mistik atau rohaniah. Tafsiran ini berasal daripada sistem ganda empat (fourfold) dalam mentafsirkan Bible yang dominan pada Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Mengikut sistem ini, terdapat empat peringkat makna, iaitu peringkat harfiah dan sejarawi, alegori, tropologi, dan anagogi. Tafsiran anagogi memperoleh makna dengan merujuk kepada dimensi mistik atau rohaniah. Salah satu contoh terkenal penggunaan kaedah tafsiran ganda empat ialah tafsiran tentang peristiwa Exodus. Pada peringkat harfiah, peristiwa ini adalah mengenai kaum Ibrani yang dibebaskan dan keluar dari Mesir. Secara alegori, tafsiran ini merujuk kepada kisah Jesus sebagai penyelamat gereja atau penganut Kristian. Secara tropologi, tafsiran ini merujuk kepada pembaca Kristian yang mengalami transformasi daripada manusia yang berdosa kepada manusia yang dirahmati. Manakala secara anagogi, tafsiran merujuk kepada roh manusia yang bergerak dari keterikatan material kepada kewujudan yang kekal abadi. Teks yang dipandang tinggi dalam tradisi agama sering dialegorikan ataupun diberikan bacaan anagogi untuk mengekalkan penyebarannya dalam kalangan umat. Dalam teori sastera moden, penggunaan sistem tafsiran ganda empat banyak dibahaskan. Ada yang mempercayai bahawa makna ganda empat wujud dalam karya seperti Romance of the Rose oleh Chaucer. Peringkat makna alegori dan anagogi biasanya wujud dalam karya yang bersifat Kristian, iaitu yang dihasilkan oleh penyair seperti Milton, Herbert, dan Blake. Lihat juga alegori, hermeneutika.
anagogeanagogiKesusasteraanTiadaTafsiran kata-kata atau karangan yang tidak bercorak mistik atau rohaniah.
anagogyanagogiKesusasteraanTiadaTafsiran kata-kata atau karangan yang tidak bercorak mistik atau rohaniah
anagogic visionvisi anagogikKesusasteraanTiadaPersepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery O�Connor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi.
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dalam karya Julius Caesar berjudul Caesar�s Commentaries. Walau bagaimanpun, mulai kurun ke-16, bentuk autobiografi mendapat perhatian ramai, dan mula digunakan secara lumrah. Bentuk autobiografi yang dianggap terawal dihasilkan ialah Confessions oleh St. Augustine (397-399) yang mengisahkan renungannya tentang perkara yang bersifat rohaniah. Contoh lain yang terkenal ialah Grace Abounding To The Chief Of Sinners (1666) oleh John Bunyan. Autobiography oleh Benjamin Franklin (1766), Confessions oleh Jean-Jacques Rousseau (1781,1788), Dichtung und Wahrhett (Puisi dan Kebenaran) (1810-1830) oleh goethe, dan The Prelude (1850) oleh William Wordsworth. Contoh karya autobiografi dalam kesusasteraan Arab ialah Tawq al-Hamamah fi al-Ulfah wa al-Ullaf oleh Ibn Hazm al-andalusi, manakala dalam sastera Turki ialah Boyle Gelmis Boyle Gitmez oleh Aziz Nesin. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat Hikayat Abdullah (1834) oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Contoh lain ialah Sejambak Kenangan oleh A. Samad Ahmad, dan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka. Autobiografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan riwayat hidup sendiri�. Lihat juga bildungsroman, biografi, memoir.

Kembali ke atas