Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll): menghisap ~; ~ daun = ~ nipah = ~ pucuk rokok yg pem­balutnya drpd pucuk enau; ~ keretek Id rokok yg tembakaunya dibubuh cengkih; daun ~ pucuk nipah yg dikeringkan utk pembalut rokok; duit (wang) ~ duit sirih, pemberian, upah; merokok menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak minum minuman keras; perokok (orang yg) banyak atau kuat meng­hisap rokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rokok I

Puisi
 

Hisap rokok di atas batu,
     Keluar di hidung asap apinya;
Jalak berkokok biring tak tahu,
     Tedung pula jaga dirinya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.

Bermaksud :

Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kebakaran itu berlaku akibat daripada puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku adalah akibat puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok. perlu ke guna kata 'daripada' selepas akibat ?Ayat yang betul ialah 'kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok'. Tidak perlu menggunakan kata 'daripada' selepas penggunaan kata 'daripada'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut. Harap maklum.Tatabahasa13.09.2007
Penggunaan terjemahan yang sesuai untuk i. Second Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan Asap Rokok Basi @ Asap Rokok Sekunder? ii. Third Hand Smoke. Bolehkah saya menggunakan sebagai Asap Rokok Tertier? Adakah betul terjemahan yang saya gunakan?Berdasarkan penjelasan tuan, cadangan terjemahan kami berdasarkan konsep yang berkaitan adalah seperti yang berikut:
1. "second hand smoke" = Asap Rokok Sekunder
2. "third hand smoke" = Asap Rokok Tertier
Penyemakan dan penterjemahan04.12.2015
Salam sejahtera. Apakah terjemahan lebih sesuai bagi "mentholated cigarette", sama ada rokok bermentol atau rokok berperisa mentol? Terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi istilah "mentholated cigarette" ialah rokok berperisa mentolMakna26.09.2016
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu istilah yang lebih tepat bagi "secondhand smoke", iaitu asap yang dikeluarkan oleh perokok. Saya terjumpa beberapa penggunaan seperti asap rokok basi dan asap rokok sekunder. Manakah yang lebih sesuai? Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah asap rokok sekunder.Istilah14.09.2016
Saya ingin bertanya apakah istilah yang tepat untuk penggunaan vape ...... adakah menghisap vape atau menggunakan vape ? Seperti yang kita sedia maklum, perbuatan menghisap rokok adalah merokok. Bagaimana pula dengan vape atau rokok elektronik?Cadangan istilah bagi penggunaan "vape"  ialah "mengewap".Penyemakan dan penterjemahan30.11.2015
Salam. Saya ingin bertanya berkenaan terjemahan terkini untuk frasa "second hand smoke" dalam Bahasa Malaysia. Saya ada terjumpa artikel dalam akhbar yang bertarikh 7 Julai 2020 yang mengguna pakai frasa "asap rokok terpakai". Adakah frasa "asap rokok sekunder" tidak boleh diguna pakai lagi?Padanan istilah tersebut masih kekal seperti yang berikut:

second hand smoke - asap sekunder

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.11.2021
Sekiranya saya ingin merujuk kepada 'a small pack of batteries/cigarettes' dalam Bahasa Melayu, yang manakah lebih tepat? Satu paket atau satu peket bateri/rokok? Atau kedua-duanya boleh digunakan?Penggunaan yang betul ialah satu peket bateri/rokok.Tatabahasa25.12.2019
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul.Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. Tatabahasa02.07.2008
hiPembetulan: Kedai Rokok Elektronik. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa22.09.2015
hi, papan iklanPembetulan: Kedai Rokok Elektronik. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Tatabahasa22.09.2015
123

Kembali ke atas