Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.ma] | روما

Definisi : = bulu ~ bulu-bulu yg halus pd badan; liang (lubang) ~ lubang seni pd kulit; tegak (berdiri) bulu ~ seram, ketakutan; tak boleh bertemu ~ prb selalu bertelingkah; seroma; ~ dgn semacam (dgn), serupa (dgn). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ma] | روما

Definisi : , = bulu ~ bulu halus yg tumbuh pd badan: liang ~ liang seni pd kulit tempat bulu roma tumbuh; tegak (berdiri) bulu ~ berasa seram atau takut; meremang. seroma serupa (dgn). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata roma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan Munsyi, kata "Rom" atau "Roma" betul bagi padanan kata "Rome" dalam bahasa Inggeris?Ejaan yang betul ialah Rom.Penyemakan dan penterjemahan10.05.2015
Ketika kami melalui di kawasan yang gelap lagi sunyi itu, bulu roma kami mulai meremang lalu menyebabkan kami mempercepat langkahan kaki. Jika saya menukarkan "melalui di" kepada "melalui", betulkah jawaban saya? Jika salah, boleh tuan berikan penjelasan yang selanjutnya? Terima kasih.Ya, penggunaan "melalui" sahaja boleh digunakan.Makna14.03.2018
air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. soalan saya ialah mengikut kamus dewan edisi ketiga, maksud meremang kedua ialah mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). bolehkah meremang bagi pernyataan di atas. air mata boleh digunakan?Air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. Maksud meleleh atau bersimbah peluh tidak lazim digunakan untuk meremang, makna yang lazim ialah tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), kata lainnya seram. Oleh itu kata meremang tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, yang betul ialah "Air matanya mengalir sewaktu melihat jenazah isteri dan anak kecilnya"Tatabahasa22.06.2008

Kembali ke atas