Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tangkai padi; penyapu ~ sj penyapu yg dibuat drpd tangkai padi dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tangkai padi yg telah dileraikan padinya (biasanya digunakan utk membuat penyapu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
roman (kata nama)
Bersinonim dengan roman muka, peroman, rupa, paras, muka, wajah, raut muka, tampang muka, air muka.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud saya bagi format surat rasmi yang terkini adalah contoh format surat rasmi: (i) adakah alamat kepada pengirim perlu tanda koma? (ii) format tarikh (contoh : 19hb April,2011) adakah ditulis sebegitu? (iii) adakah nama diakhir surat perlu dibubuh dalam kurungan dan huruf besar (contoh: (ROSZIANAWATY)?Puan, Cara menulis alamat, tarikh dan penama orang yang menandatangani surat mengikut gaya Dewan adalah seperti yang berikut: (i)Roman'">            Butiran yang perlu ada pada alamat:a.Roman'">    nama dan gelaran jawatan diakhiri dengan tanda komab.Roman'">    alamat penuh penerima diakhiri degan tanda koma (kecuali baris akhir)c.Roman'">    alamat penerima diakhiri dengan tanda noktah Contoh: Puan Siti Nordiana binti Abdullah,Unit Berita Radio RTM,Jabatan Penyiaran Malaysia,Wisma Radio, Angkasapuri,50614 KUALA LUMPUR.  atau  50614 Kuala Lumpur. (ii)Roman'">          19 April 2010 (iii)Roman'">     Cara  menulis nama orang yang menandatangani surat adalah seperti yang berikut:  Saya yang menurut perintah,    (ROSZIANWATY BINTI ...)Ketua Bahagian ...b.p. Ketua Pengarah     Lain-lain19.04.2011
Assalamualaikum, saya ingin memohon pencerahan untuk penggunaan nombor dalam penulisan. Apakah nombor yang perlu ditulis atau dieja dalam perkataan dalam penulisan bahasa Melayu? Adakah kaedah/hukum yang digunakan dalam bahasa Melayu juga sama untuk penulisan Jawi? Contoh ayat 1: Ayah membeli sebelas bungkus nasi lemak. Contoh ayat 2: Murid-murid perlu menulis 10 patah perkataan. Contoh ayat 3: Beliau meninggal 10 tahun kemudian. Contoh ayat 4: Jarak rumah saya dari kampus kediaman ialah 11 km. Akhir sekali, saya ingin mendapatkan rujukan terbaru untuk penulisan nombor yang digunakan oleh DBP. Saya telah merujuk Tatabahasa Dewan terkini dan tidak menemukan kaedah tersebut.
Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Ketiga, pernomboran ialah cara menanda senarai dan menyatakan jumlah sesuatu. Nombor yang digunakan ialah nombor roman dan nombor arab.

Nombor roman kecil: i, ii, iii
Nombor roman besar: I, II, III
Nombor arab: 0, 1, 2, 3, ..., 9 dan seterusnya.
Nombor arab asli: ١, ٢, ٣, ٤, ٥, ٦, ٧, ٨, ٩
 
Nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya. Bagi penulisan keluasan, kelajuan dan dimensi, gunakan angka dan unit yang sesuai untuk menunjukkan kelajuan, keluasan dan dimensi, contohnya 7 km.

Sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 87 - 94.
Tatabahasa26.06.2023
Askm.Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai maksud arahan dan soalan:ARAHAN:-Tulis perkataan BETUL pada penyataan betul dan SALAH pada penyataan salah dibawah. Soalan: Ayah,boleh saya tolong ayah mencuci kereta. Jawapan - BETUL. 1. Apakah maksud penyataan dalam konteks arahan ini? 2. Perlukah ayat (soalan)perlu diletak tanda soal di akhir ayat?(kerana tidak salah saya hanya ada perkataan kata tanya sahaja perlu diletak ini kerana ia adalah ayat penyata). 3. Kalau perlu diletak tanda baca,adakah ayat itu salah dan jawapannnya adalah SALAH dalam konteks arahan?kenapa? terima kasih.

Puan Norsyariza,Berdasarkan ayat yang diberikan oleh puan, iaitu: Ayah, boleh saya tolong ayah mencuci kereta.   (1) Dalam menentukan jenis ayat ini, puan disarankan agar mengenal pasti jenis-jenis ayat  dalam bahasa Melayu. Ayat  bahasa Melayu  boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu  (i) ayat penyata, (ii)ayat tanya, (iii) ayat perintah dan (iv) ayat seruan.(i) Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.  Contoh ayat: Abdullah sedang tidur.(ii) Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Contoh ayat: Siapakah orang itu?(iii) Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu suruhan, larangan, silaan dan permintaan. Ayat perintah boleh dibahagikan kepada empat jenis berikut:(i) Ayat suruhan (ii) Ayat larangan (iii) Ayat silaan  dan (iv) Ayat permintaan. Roman'"> Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Contoh ayat: Keluar kamu dari bilik ini!.Roman'">   Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Contoh ayat: Jangan ambil harta orang.Roman'">  Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat: Sila serahkan borang ke pejabat. Roman'">    Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong, dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh ayat: Tolong tutup pintu itu. Ayat seruan ialah ayat yang disertai kata seru dan diakhiri dengan tanda seru (!). Contohnya: Aduh, sakitnya kepalaku!

    Berdasarkan ayat puan seperti di atas, maka jelaslah ayat ini merupakan  ayat permintaan. Hal ini demikian, kerana anaknya memohon permintaan untuk menolong ayahnya mencuci kereta.  Tambahan kata yang digunakan ialah "tolong".

 (2) Contoh ayat yang puan berikan ini tidak perlu diletakkan tanda tanya (?) kerana ayat ini bukan ayat tanya atau ayat seruan. 

Tatabahasa23.03.2009

Kembali ke atas