Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.man.tis] | رومنتيس

Definisi : berkaitan dgn percintaan dan ke­indahan dll, romantik: alam dan suasana di taman itu begitu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata romantis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIEDER

Lieder ialah perkataan Jerman untuk lagu.

Istilah ini merujuk khususnya kepada lagu seni

yang ditulis oleh penggubah Jerman zaman

romantis dari akhir tahun 1700-an hingga awal

tahun 1900-an. Penggubah lieder yang dianggap

paling penting ialah Franz Schubert. Penggubah

terkemuka lain termasuk Robert Schumann,

Johannes Brahms, Hugo Wolf, dan Gustav Mahler.

UMUM 
ARJUNA

Arjuna ialah wira dalam puisi epik India,

Mahabharata , yang menceritakan peperangan

antara adik-beradik Pandava dan sepupu Kaulava.

Arjuna ialah anak ketiga daripada lima adik-

beradik Pandava. Kisah hidupnya merupakan satu

siri peperangan dan kejayaan. Arjuna dipaparkan

sebagai seorang wira yang unggul. Dia berani,

kacak, mulia, pemurah, dan seorang kekasih yang

romantis. Lihat Mahabharata.

UMUM 
SYAIR AGUNGSYAIR AGUNG, puisi Melayu tradisional. Syair Agung merupakan syair Melayu bercorak romantis yang terpanjang di dunia. Jumlah rangkapnya ialah 9341. Naskhah asal syair ini ada tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan nombor rujukan MS 20. Naskhah ini terdapat dalam tiga jilid. Jilid pertama mengandungi 408 halaman, jilid kedua 307 halaman dan jilid ketiga 281 halaman. Jumlah halaman keseluruhan ialah 996. Ukuran naskhah ialah 21 cm x 17 cm. SASTERAKonsep
SYEIKH

Syeikh ialah gelaran Arab yang merujuk sama

ada kepada seorang lelaki tua dan dihormati atau

kepada ketua sesuatu puak atau kampung.

Kadangkala seorang syeikh itu merupakan seorang

pemimpin agama. Hanya orang Islam sahaja yang

menggunakan gelaran syeikh. Kuasa seorang

syeikh biasanya bergantung pada kebebasannya

bertindak dan keperibadiannya. Banyak lagu dan

cerita telah menggambarkan syeikh sebagai

seorang tokoh yang romantis.

UMUM 
SYAIR SELINDUNG DELIMA

SYAIR SELINDUNG DELIMA, puisi Melayu tradisional.  Syair ini adalah sebuah syair romantis atau hikayat. Syair Selindung Delima juga dikenal dengan nama Syair Seri Bunian atau Syair Indera Laksana. Syair ini juga terdapat dalam bentuk prosa dengan judul Hikayat Selindung Delima. Salah satu naskhah syair ini tersimpan di Jakarta (Bat. Gen. 34) dan disalin di Bukittinggi pada tahun 1850 yang dipenuhi dengan perkataan Minangkabau. Naskhah ini juga pernah dicap batu di Singapura.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas