Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.man.tis] | رومنتيس

Definisi : berkaitan dgn percintaan dan ke­indahan dll, romantik: alam dan suasana di taman itu begitu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata romantis


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
romantisberkaitan dgn percintaan dan ke­indahan dll, romantik: alam dan suasana di taman itu begitu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bernadamempunyai (membawa, menunjuk­kan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sentimental(séntiméntal) 1. berkaitan dgn atau dicirikan oleh sentimen; 2. bersifat lembut, romantis, atau mudah terusik perasaan: lagu ~; gadis ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergaya1. menunjukkan kesajakan, (keang­gunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;Kamus Dewan Edisi Keempat
nadaI 1. bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll): ahli-ahli panca­ragam telah membetulkan semula alat muzik utk membaiki tinggi rendah ~; ~ utama nada dasar; tangga ~ Id tingkatan bunyi (dlm muzik dll); titi ~ Id tanda bunyi pd baluk, not; 2. ki bunyi suara (yg melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaan atau sikap), lagu atau rentak suara (sewaktu bercakap dll): “Kenapa tak ikut sama?”, isterinya me­nyambut dgn ~ kasih; 3. aliran dan rentak (ucapan, sajak, dll); senada padan atau sesuai (dgn): warna di bilik anak-anak ~ dgn ruang tamu; bernada mempunyai (membawa, menunjuk­kan) nada: sajak itu ~ romantis dan mengandungi unsur mistik; penggunaan bahasa yg ~ ilmiah.Kamus Dewan Edisi Keempat
gaya1. sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yg menjadi ciri seseorang; 2. kombinasi kesajakan, keanggunan dan ketrampilan yg menarik perhatian: wanita itu ada ~; 3. cara, jalan, laku: bukan begini ~nya memikat hati orang; 4. cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yg menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang: gedung ini dibangunkan ~ barat; ~ hidup orang Malaysia pd peringkat integrasi nasional; ~ bahasa cara pemakaian bahasa; ilmu ~ bahasa pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat; 5. irama dan lagu, langgam: ~ muzik itu sama dgn lagu-lagu Hindustan; 6. elok, rupawan: gadis Sumatera Timur yg ~; 7. daya (utk bergerak, bekerja, dll), kuasa, tenaga: kalah ~ kalah kuat; 8. Kl pujuk, muslihat, tipu; ~ bawa cara menulis dll sendiri; ~ bebas gaya berenang yg membolehkan perenang meng­gunakan apa sahaja gaya berenang selain gaya yg khusus spt gaya kuak dada, kuak kupu-kupu dan kuak lentang; ~ hidup cara tertentu seseorang individu atau sesuatu kumpulan menjalani kehidupan (dgn agak sederhana, mewah dsb); ~ tarik Id kekuatan yg menarik (sesuatu benda); ~ tulis cara mengarang; ~ sahaja, rasanya wallah prb rupanya sahaja yg elok tetapi kelakuannya buruk; biar kurang garang, asal lebih ~ prb biarpun pakaian seseorang buruk asal saja sikapnya elok; gaya-gayanya rupa-rupanya, agaknya;bergaya 1. menunjukkan kesajakan, (keanggunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya;menggaya melagak: ia ~ pula di depan cermin; menggayakan 1. menunjukkan gaya (rupa, bentuk, dll), memperagakan: kebetulan dia pandai ~ julingnya seolah-olah dia menjeling manis; ~ lenggang; 2. melagukan, mengiramakan: masing-masing berlumba ~ kata-kata indah; 3. membangkitkan daya (kuasa);penggayaan cara pengolahan atau persembahan sesuatu, pembentukan dan pencorakan: masih terlalu sedikit diketahui tentang bagaimana nilai abstrak, alam bukan semula jadi, ~ watak, tempat dan masa boleh dipersembahkan dlm cara baru; pertandingan itu tidak memberi erti dr segi pengukuhan dan ~ bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas