Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.man.tis] | رومنتيس

Definisi : berkaitan dgn percintaan dan ke­indahan dll, romantik: alam dan suasana di taman itu begitu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata romantis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
romantic lovecinta romantisSosiologi KeluargaTiada-
babymoonbulan madu hamilUmumTiadaPercutian santai atau romantis oleh pasangan suami isteri sebelum kelahiran bayi mereka.
nocturnenokturnKesenianTiadaGubahan muzik yang menggambarkan suasana romantis malam.
tragedytragediKomunikasiTiadaKonsep dalam persembahan drama yang mengandungi unsur-unsur romantis, komedi, menyayat hati atau ngeri.
balladbaladaKesusasteraanTiadaBentuk puisi naratif yang dilagukan dengan nada yang romantis dan sentimental. Balada mengandungi tema atau kisah pengembaraan, percintaan, peperangan, masalah kekeluargaan, pemberontakan dan sebagainya. Umumnya, tema utama dalam balada berdasarkan kisah atau tokoh sejarah atau legenda tempatan yang bersumberkan cerita lisan rakyat. Tradisi penciptaan balada bermula di Eropah sekitar akhir abad pertengahan: Denmark pada abad ke-12, Rusia pada abad ke-13, Sepanyol, Scotland dan England pada abad ke-14. Balada terbahagi kepada tiga jenis yang utama, iaitu balada rakyat, balada popular, dan balada seni.
romantic poetrypuisi romantikKesusasteraanTiadaPuisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik.
romantic scenerylatar romantikKesenianDrama dan TeaterLatar pentas yang bersesuaian dengan suasana romantis dalam sesebuah adegan.
effect shotlampu kesanKomunikasiTiadaLampu yang digunakan untuk menimbulkan kesan tertentu seperti seram, romantis atau suasana pada waktu senja. Lampu ini akan dihalakan ke objek atau persekitaran yang dijadikan sasaran kamera.
balladbaladaKesusasteraanPuisiSajak, puisi, kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh yang lazimnya bernada romantis dan sentimental. Pada asalnya balada diciptakan untuk dinyanyikan sebagai hiburan. Balada terbentuk daripada rangkap atau bait dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris seperti pantun atau syair. Walau bagaimanapun rima akhirnya berbentuk a b c b.
classical balladbalada klasikKesusasteraanPuisiPuisi kisah atau cerita tentang sesuatu atau seseorang tokoh pahlawan (legenda) yang lazimnya mengandungi nada romantis dan nilai sentimental, sama ada yang bercetak atau masih berbentuk lisan. Ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah puisi itu tergolong dalam kategori balada klasik adalah dari segi nilai sasteranya yang tinggi, dijadikan ukuran menentukan keberhasilan puisi yang sezaman dengannya atau lebih kemudian.
12

Kembali ke atas