Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rom.ba/] | رومبق

Definisi : terbongkar, terurai: jahitannya buruk dan berkedut kerana selalu kena ~; merombak 1. membongkar, memecahkan, merosakkan: rumah-rumah yg buruk telah dirombak beransur-ansur; ~ adat (aturan, per­­­janjian, dll) menghapuskan atau me­niada­kan adat (aturan perjanjian dll); ~ dapur Kl selesai bersalai (perempuan yg telah ber­salin); 2. menyusun semula (dgn meminda atau membongkar semuanya): dia ~ susunan kabinet dgn menyingkirkan beberapa orang tokoh komunis; undang-undang itu patut dipinda dan dirombak supaya sesuai dgn negara Malaysia yg merdeka; rombakan bongkaran, runtuhan; perombakan perbuatan merombak, pem­bongkaran: usul itu merupakan satu ~ susunan tradisi masyarakat kampung; perombak orang yg merombak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rom.ba/] | رومبق

Definisi : ; merombak 1 membuka sesuatu yg sudah dijahit atau yg sudah dipasang; membongkar: ~ jahitan; ~ rumah. 2 menyusun atau mengatur kembali: Beliau telah ~ susunan kabinet dgn menyingkirkan beberapa orang tokoh komunis. rombakan susunan semula; bongkaran. perombakan perbuatan atau hal merombak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rombak
Kata Terbitan : merombak,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Rombak kaedah pembelajaran BM, BITiadaSinar Harian29.06.2009
Rombak kaedah belajar BM, BIAbdul Yazid AliasUtusan Malaysia28.06.2009
Rombak subjek sasteraRashiqah Ilmi Abd RahimBerita Harian28.05.2009
Rombak pengajaran bahasa Inggeris besar-besaranMohd Arif AtanUtusan Malaysia24.09.2008
Rombak semula kamus Melayu - Dr Wan Hashim Wan TehTiadaWarta Perdana30.12.2007
Rombak, tetapi kekel identiti - Johan JaafarTiadaWatan12.09.1989
Rombak format sayembaraLim Swee TinMingguan Malaysia (Kesihatan)11.05.2003
Gapena rombak programTiadaBerita Harian21.01.1998
UKM rombak Fakulti Sains KemasyarakatanSalbiah AniBerita Harian16.11.2001
Bantah cadangan rombak subjek Komsas [memahami isu tunjuk perasaan Pak Samad]Al-Abror Mohd YusofHarian Metro29.01.2008
12

Kembali ke atas