Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rom.bus] | رومبوس

Definisi : (Mat) segi empat selari bersudut serong yg mempunyai empat sisi yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rom.bus] | رومبوس

Definisi : rajah empat segi yg keempat-empat sempadannya sama panjang tetapi tidak bersudut tepat antara satu dgn yg lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rombus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ROMBUS

Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah

yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari,

kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak

bersudut tepat antara satu sama lain.

UMUM 
ROMMEL, ERWIN

Rombus ialah nama yang diberi kepada rajah satah

yang mempunyai dua sisi yang lurus dan selari,

kesemuanya sama panjang. Lazimnya, sisi ini tidak

bersudut tepat antara satu sama lain.

UMUM 
SISI EMPAT

Sisi empat ialah rajah yang mempunyai empat

sisi lurus, iaitu poligon empat sisi. Sisi empat

yang sisi berlawanan adalah selari dikenali segi

empat selari. Sisi dan sudut berlawanan dalam

segi empat selari adalah sama. Jika kesemua

sudut dalam segi empat selari adalah bersudut

tepat, ia dikenali segi empat tepat. Kalau kesemua

empat sisi adalah sama, ia dikenali rombus. Segi

empat selari yang mempunyai empat sisi sama

dan empat sudut tepat dikenali segi empat sama.

Keluasan L satu segi empat selari dengan tapak d

dan ketinggian t dikira dengan formula L = dt.

Ketinggian ialah garis tegak antara dasar dan sisi

berlawanan dengannya.

UMUM 

Kembali ke atas