Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.na] | رونا

Definisi : 1. warna: berkain batik lepas ~ biru tua; 2. warna muka, roman muka: ~ mukanya berubah menjadi marah; hilang ~ kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berwang dipandang rendah; serona sewarna, serupa; berona berwarna, berupa elok warnanya (rupanya); meronai menjadikan sesuatu menarik atau mengghairahkan: cerpen-cerpennya sentiasa dironai oleh aneka latar sosial; meronakan memberikan rona, me­warna­kan: karya sastera yg bernada protes dlm masyarakat Melayu turut ~ corak dan bentuk sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rona

Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chrominance channelsaluran kekromaanKomunikasiTiadaSaluran maklumat yang berhubung dengan warna iaitu yang melibatkan aspek kepekatan dan rona. Rona selalunya merujuk kepada warna merah, hijau, biru dan warna-warna lain. Manakala kepekatan pula merujuk kepada jumlah kekuatan sesuatu warna. Contohnya, warna biru muda dan warna biru gelap. Kedua-dua warna ini mempunyai rona yang sama iaitu biru tetapi mempunyai perbezaan dari segi kepekatannya.
HSL (hue, saturation, limunance)HSL (rona, penepuan, limunans)Teknologi MaklumatTiadaModel warna ini berasaskan kepada rona, penepuan dan luminans. Rona merujuk kepada nama warna (seperti hijau, biru, merah). Penepuan merujuk kepada kekuatan atau ketulenan warna tersebut. Luminans menunjukkan kecerahan sesuatu warna, contohnya luminans penuh menghasilkan putih dan tiada luminans menghasilkan hitam.
shadeteduh; lorek; kegelapan; rona warnaKesenianTiada2. Rona warna: Perbezaan ton warna yang diperolehi memalui campuran hitam dengan sesuatu warna.
hueronaFizikTiadaTiada
hueronaGeologiTiadaTiada
hueronaKomunikasiTiadaTiada
hueronaPerubatanTiadaTiada
hueronaPerubatanTiadaTiada
hueronaKejuruteraanTiadaTiada
hueronaGeografiTiadaTiada
12345

Kembali ke atas