Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ron.da.an] | رونداءن

Definisi : perjalanan berkeliling utk meronda, hasil meronda: polis melakukan ~ mengejut di kawasan itu utk menangkap penagih-penagih dadah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ron.da.an] | رونداءن

Definisi : kawalan dgn berjalan dsb berkeliling di sesuatu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rondaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah imbuhan yang tepat digunakan? 'meronda' atau 'rondaan' - Aktiviti ________________ oleh polis marin tetap dilakukan walaupun laut bergelora. Terima kasih.Meronda dan rondaan, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa12.08.2014
Mereka membuat rondaan. Mereka membawa lampu suluh. Tolong jadikan ayat di atas menjadi ayat majmuk. Saya tidak tahu kata hubung apa yang boleh digunakan. Terima kasih...Kata hubung yang sesuai ialah dan.

Mereka membuat rondaan dan membawa lampu suluh.
Tatabahasa01.04.2013
Salam sejahtera. Bolehkah saya menterjemah istilah "ward round" dalam bidang perubatan, sebagai Rondaan Wad berbanding dengan "......pemeriksaan di wad jika merujuk pemeriksaan yang dilakukan kepada pesakit di wad berkenaan."(Penyemakan dan penterjemahan pada 29.04.2014 oleh pihak tuan)Cadangan istilah Rondaan Wad bagi padanan "ward round" diterima.Istilah30.10.2018

Kembali ke atas