Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ron.do] | روندو

Definisi : (Muz) bentuk lagu yg menggunakan formula melodi A, B, A, C, A, D, A, iaitu melodi utamanya diulang-ulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rondo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rondorondoMuzikTiada

 Bentuk muzik yang mengandungi beberapa bahagian yang terdiri daripada bahan ulangan yang diselang-selikan dengan bahan baru. Contoh bentuk muzik ini ialah ABACAB'A. Ba­hagian A diulangi secara berselang-seli dengan bahagian lain yang mengandungi bahan bam yang dikenali sebagai episod. Bahagian A bermula dalam nada tonik dan episod pertama B biasanya dalam nada dominan major, median atau dominan minor. Episod kedua, iaitu C adalah dalam nada seperti subdominan dan submedian. Episod ketiga B1 adalah dalam nada tonik.

sonata rondosonata rondoMuzikTiada

Bentuk muzik yang menggabungkan ciri bentuk rondo dan sonata. Sonata rondo dibentuk secara ABACABA. Bahagian ABA yang pertama berfungsi sebagai eksposisi manakala ba­hagian ABA yang kedua pula berfungsi sebagai rekapitulasi. Bahagian C mengembangkan bahan muzik dari ABA pertama atau memperkenalkan bahan baru. Dari segi tonaliti pula, B pertama adalah dalam nada berkaitan dan C mengalami pemindahan nada. Nada tonik minor/i, median minor/iii, sub-dominan major/IV dan submedian minor/vi merupakan nada berkaitan bagi karya yang berlaku dalam nada major. Nada tonik major/I, subdominan minor/iv dan submedian major/VI merupakan nada berkaitan bagi karya yang berlaku dalam nada minor.
 

bell rondo (It)bell rondoKesenianTiadaBentuk rondo yang mempunyai kesan bunyi seperti loceng, contohnya bahagian akhir konserto violin B minor oleh Paganini.
rondo (It)rondoKesenianTiadaBentuk lagu menggunakan formula A, B, A, C, A, D, A.
couplet (F)kupletKesenianTiada1. Episod dalam rondo. 2. Istilah lain untuk duplet.
principalpengetua; pokok; utamaKesenianTiadadalam setiap bahagian orkestra.,dalam opera.,dalam rondo.,dalam mordent dan turn.
cabaletta (It)kabaletaKesenianTiada1. Aria pendek dan ringkas. 2. Lagu dalam bentuk rondo. 3. Rangkap ulang dalam lagu.
cabalettacabalettaMuzikTiada1. Muzik tarian yang pendek, melodi dan corak ritmanya tidak kompleks. 1. Aria pendek dan ringkas. 2. Lagu dalam bentuk rondo. 3. Rangkap ulang dalam lagu.
symphonysimfoniMuzikTiadaKarya orkestra yang merupakan genre utama bagi komposer Zaman Klasik. Istilah sinfonia berasal daripada perkataan La­tin, iaitu symphonia. Simfoni muncul pada awal Zaman Kla­sik dan berkembang hingga akhir Zaman Romantik. Simfoni biasanya mengandungi tiga atau empat gerakan muzik seperti allegro, adagio, menuet atau scherzo, dan presto. Bentuk mu­zik yang digunakan dalam pengkaryaan sebuah simfoni pada Zaman Klasik dan Zaman Romantik ialah bentuk sonata, biner, ternari, rondo, variasi dan sonata rondo. Komposer utama untuk genre ini seperti Haydn, Mozart, Beethoven, Schubert dan Brahms. Lihat juga muzik mutlak.
refrainbaris ulangMuzikTiada

 Bahagian muzik atau teks yang diulang. Baris ulang juga merupakan bahagian instrumental yang diulang selepas setiap stanza teks dalam sesebuah lagu. Baris ulang juga merujuk kepada bahagian yang diulang dalam sebuah karya instru­mental seperti dalam bentuk rondo. Lihat juga ritronello.

12

Kembali ke atas