Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rong.géng] | روڠݢيڠ

Definisi : (ronggéng) 1. Jw penari perempuan, tandak; 2. sj tarian spt joget (diiringi oleh biola, gendang, dan gong); meronggeng menari, bertandak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rong.géng] | روڠݢيڠ

Definisi : /ronggéng/ 1 penari perempuan. 2 sj irama lagu dan tarian. beronggeng menari ronggeng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ronggeng


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ronggengronggengMuzikTiada

 Tarian, muzik sosial dan muzik sinkretik yang melibatkan golongan lelaki dan perempuan menari sambil berpantun. Rong­geng dipersembahkan oleh orang Melayu dan Baba dalam majlis perayaan seperti majlis perkahwinan. Tetamu lelaki dijemput untuk menari bersama-sama dengan penari perem­puan. Ronggeng diiringi alat muzik seperti biola, akordion, rebana dan gong. Repertoirnya merangkumi lagu asli, joget, inang, masri, dondang sayang, keroncong, rhumba, cha-cha-cha dan lagu popular. Ronggeng dikenali juga sebagai joget.

jogetjogetMuzikTiadaLagu dan tarian sosial rancak Melayu yang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Pukulan gong pada setiap dua bit. Iramanya menggunakan tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. Lagu joget diiringi oleh ensembel asli atau ronggeng. Alat mu­zik yang terlibat termasuklah biola, akordian, rebana dan gong. Lagu joget mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B. Bahagian A ialah pembayang pantun dan bahagian B, maksud pantun manakala bahagian C pula berfungsi sebagai koda. Contoh lagu joget ialah Serampang Laut dan Hitam Manis. Joget dikenali juga sebagai ronggeng. Lihat juga pentas joget, ronggeng, branyo.
joget stagepentas jogetMuzikTiada

 Persembahan tarian di taman hiburan di Malaysia pada tahun 1930-an hingga tahun 1960-an. Tetamu lelaki membeli kupon untuk menari dengan perempuan joget yang diiringi ensembel ronggeng atau orkestra Melayu. Lagu yang dimainkan termasuklah joget, inang, masri, rhumba dan cha-cha-cha. Lihat juga joget, ronggeng, branyo, orkestra Melayu.

inanginangMuzikTiada

 Lagu dan tarian sosial sinkretik Melayu yang rancak. Lagu inang bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Rentak inang mengiringi tarian piring, tarian lilin dan tarian payung. Lagu inang diiringi ensembel asli atau ronggeng. Alat muzik yang mengiringi inang merangkumi biola, akordian, rebana dan gong. Lagu inang mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B. Baha­gian A ialah pembayang pantun dan bahagian B ialah maksud pantun. Contoh lagu inang ialah Mak Inang, Inang Cina dan Inang Kelantan. Lagu inang dimainkan dalam persembahan ronggeng dan bangsawan. 

accordionakordionMuzikTiada

Alat muzik Barat yang diklasifikasikan sebagai aerofon dengan pelidah tanpa kawalan. Badan alat muzik ini berbentuk korak, mempunyai papan nada kecil dan belos. Apabila belos digerakkan, udara akan melalui pelidah yang terdapat dl dalam kotak alat tersebut. Alat tnuzik ini dimainkan dalam ensembel muzik asli, joget dan ronggeng di Malaysia.

branyobranyoMuzikTiada

Tarian sosial masyarakat Portugis di Melaka yang berasaskan joget atau ronggeng seperti lagu Jinkly Nona. Muziknya ter­diri daripada irama tiga not per bit dan dua not per bit seperti yang terdapat dalam muzik Portugis dan Sepanyol. 

syncreticsinkretikMuzikTiada

Muzik vokal dan instrumental yang menggabungkan pelbagai unsur muzik seperti muzik Melayu, Arab, Parsi, India, Cina dan Barat. Muzik sinkretik ini biasanya dipersembahkan dalam majlis sosial seperti perkahwinan dan teater bangsawan di Malaysia. Contoh muzik sinkretik ialah ghazal, dondang sayang, ronggeng, asli, inang, joget dan masri. Sinonim muzik sinkretik.

gambusgambusMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon, iaitu lut yang dipetik. Gambus yang berasal dari Timur Tengah dikenali sebagai ud. Alat muzik ini diperbuat daripada kayu dan bahagian belakang badan berbentuk bulat. Bahagian hadapan permukaan alat muzik ini rata dengan lehernya yang pendek tanpa fret. Gambus mempunyai lima hingga lapan tali yang disusun dalam dua lapisan serta satu tali bernada tinggi. Pemain akan meletakkan gambus secara melintang dan talinya dipetik dengan jari. Gambus dimainkan dalam ensembel zapin, ghazal dan ronggeng asli. Di Sabah dan di Sarawak, gam­bus dimainkan oleh suku kaum Bajau, suku kaum Kadazan dan kaum Iban. Gambus dari kedua-dua negeri ini diperbuat daripada kayu yang mempunyai kulit pada bahagian hadap­an. Paku tekan digunakan untuk memasang kulit pada badan gambus dan mempunyai tiga tali yang disusun dalam dua la­pisan. Di Sabah, gambus dipetik dengan plektrum yang diper­buat daripada sisik tenggiling, sementara di Sarawak gambus dipetik dengan jari. Suku kaum ini bermain gambus untuk menghiburkan hati selepas bekerja. Lagu yang dimainkan ditiru daripada lagu joget dan zapin.

masrimasriMuzikTiada

 Lagu sinkretik sosial Melayu. Masri bermeter kuadrupel dan mempunyai rentak empat bit. Rentak masri mempunyai persamaan dari segi rentak dengan tarian beledi di Asia Barat. Rentak ini digunakan dalam lagu ensembel ronggeng dan pop nasyid. 

asliasliMuzikTiada

 Lagu dan tarian sinkretik Melayu yang bertempo lambat, bermeter kuadrupel dan berentak lapan bit. Lagu asli mempunyai bentuk stropik yang berasaskan teks pantun, iaitu bahagian A dan B, Bahagian A ialah pembayang pantun dan Bahagian B  ialah maksud pantun. Alat muzik termasuk biola, akordian, xebana dan gong. dian, xebana dan gong, Contoh lagu asli ialah Seri Mersing dan Bunga Tanjung. Lagu asli dimainkan dalam persembahan ronggeng dan bangsawan. Asli dikenali juga sebagai sinandung di Sumatera. 


Kembali ke atas