Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rotan;

Puisi
 

Rotan batu simpul pulih,
     Pauh percik dalam cawan;
Bagaimana hendak boleh,
     Tahan racik pintu awan.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kerat rotan,
     patah arang.

Bermaksud :

Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Rotan saga sumbunya badak, Sekerat habis dimakan api; Badan terkurung di dalam jejak, Tumbuh seratus tidak kan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rotan peledas lengkung daun, Dibilah tidak bertepi; Cerai untuk berbebas tahun, Baru semalam masuk mimpi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Rotan batu simpul pulih, Pauh percik dalam cawan; Bagaimana hendak boleh, Tahan racik pintu awan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rotan akar panjang berjela, Banyak melilit di pokok mati; Hamba jua tergila-gila, Tuan tidak menaruh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh rotan sudah berakar, Pandan berbuah berakar juga; Tujuh lautan sudah terbakar, Sampan sebuah berlayar juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau rotan dipanjat benalu, Sekerat disimpan di dalam bakul; Kalau beban sudah ke bahu, Berat ringan wajib dipikul.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kerat rotan kopek kelapa, Tumbuk beras lumat-lumat; Rakyat Malaysia tidak lupa, Tanggungjawab sesama umat.Pantun Melayu SarawakAgama
Tetak rotan Seberang Benta, Mari jual ke dalam pekan; Bagai hujan datangnya senjata, Adinda tidak abang lepaskan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berletuk bunyi rotan bersanggit, Barulah nyata kayu terbelah; Bertakup bumi dengan langit, Barulah kita mengaku kalah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123456

Kembali ke atas