Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.tor] | روتور

Definisi : (Kej) 1. bahagian yg berputar yg terdapat dlm motor elektrik, dinamo, dsb; 2. alat yg terdiri drpd beberapa bilah yg berputar di sebelah atas helikopter utk mengangkatnya naik ke udara dr bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.tor] | روتور

Definisi : ist 1 bahagian yg berputar yg terdapat dlm motor elektrik, dinamo dsb. 2 alat yg terdiri drpd beberapa keping bilah yg berputar di sebelah atas helikopter utk mengangkatnya naik ke udara dr bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rotor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUTOGIRO

Autogiro ialah sejenis pesawat yang lebih berat

daripada pesawat udara yang disokong di udara oleh

sebuah rotor dan bukannya sayap yang terpasang

tetap, sebagaimana yang terdapat pada kapal

terbang. Kebanyakan autogiro mempunyai sayap

pendek, kontot untuk perimbangan. Rotor autogiro

berputar dengan sendirinya apabila ia melalui udara.

Pesawat ini berbeza daripada helikopter, yang

rotornya digerakkan oleh sebuah enjin. Tujuan utama

enjin autogiro ialah menghasilkan tolakan yang

menarik kenderaan itu meluncur di udara.

UMUM 
ENJIN ROTARI

Enjin rotari ialah sejenis enjin pembakaran

dalam yang menggunakan rotor (bahagian

berputar) menggantikan omboh.

UMUM 
SIKORSKY, IGOR IVANOVICH

Sikorsky, Igor Ivanovich (1889–1972) ialah

pereka cipta dan pengeluar kapal terbang

kelahiran Rusia. Dia adalah pelopor dalam

pembinaan kapal terbang, helikopter, dan kapal

terbang merentas laut yang menggunakan

multienjin. Pada tahun 1913, dia mencipta kapal

terbang empat enjin yang pertama di dunia. Pada

tahun 1939, dia berjaya menghasilkan helikopter

satu rotor. (Lihat Helikopter [Helikopter pertama

yang praktikal; gambar]).

UMUM 

Kembali ke atas