Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ruang
Kata Terbitan : ruangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air locksendat udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Ruang kedap udara yang menyediakan laluan antara dua tempat kerja yang berbeza tekanan. Tekanan persekitaran luar bertekanan atmosfera manakala tekanan lebih tinggi di bahagian dalam ruang kerja. Ruang ini biasanya terdapat di dalam ruang kerja terowong bawah tanah, kapal selam dan bahagian kuarantin hospital. 2. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di dalam aliran cecair dalam sistem perpaipan. Gelembung udara ini boleh menyebabkan aliran cecair tersekat. Aliran masih tersekat selagi udara yang terperangkap tidak dibebaskan. Keadaan ini boleh juga berlaku dalam sistem brek kereta. 3. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di permukaan bahagian acuan dengan plastik suntikan dalam proses suntikan plastik teracu. Kesan sendat udara ini menghasilkan permukaan yang berombak dan kualiti produk yang tidak mencapai standard.
lattice spacingruangan kekisi; sanding kekisiKejuruteraanTiada1. Ruang kekisi: Ruang di antara dua unsur atau kumpulan unsur bahan api yang dipenuhi oleh penyederhana.,2. Sanding kekisi: Panjang sanding sel unit dalam hablur.
interstitialruang antaraKimiaTiada1. Berkaitan dengan ruang yang terbentuk di antara atom-atom di dalam kekisi hablur. Dalam keadaan yang sesuai, atom-atom kecil boleh menduduki ruang-ruang ini tanpa menyebabkan kecacatan pada kekisi hablur seperti dalam borida, nitrida dan karbida logam peralihan. 2. Berkaitan dengan atom bahan cemar yang menyebabkan kecacatan pada kekisi hablur. Misalnya, atom karbon atau nitrogen dalam hablur besi.
octantoktanMatematikTiada1. 1/8 daripada ruang yang dibahagi 8 sama oleh satah Cartesan.  2. 1/8 daripada sektor bulatan yang telah dibahagi 8 sama.,2. 1/8 daripada sektor bulatan yang telah dibahagi 8 sama.
areolaareolaPerubatanTiada1. Ruang yang bergaris pada permukaan, seperti ruang di antara urat-urat daun atau kepak serangga. 2. Kawasan bulat yang kecil, seperti gelang berpigmen di keliling puting.
penthouseemperKejuruteraanTiada1. Ruang tertutup yang dibina di bumbung rata untuk menutup jalan tangga, elevator atau peralatan-peralatan lain.,2. Ruang penginapan yang dibina di atas bumbung utama.,3. Bumbung atau bangsal condong yang terlekat pada dinding atau bangunan.
spacejarak; ruang; angkasa; awanganPentadbiran PerniagaanTiada1. Ruang di antara aksara atau baris.
complete setset lengkapMatematikTiada1. Ruang metrik X yang bersifat setiap jujukan Cauchy dalamnya menumpu ke suatu titik dalam X. 2. Set vektor dalam ruang hasil darab terkedalam X yang menjadi asas kepada satu set tumpat X.
air pocketpoket udaraKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Ruang yang berisi udara dalam sesebuah bekas cecair. Udara terperangkap dalam cecair tersebut kerana terdapat halangan atau keadaan bentuk dalaman bekas yang boleh memerangkap udara. Udara juga mungkin terperangkap kerana kelikatan bendalir terlalu tinggi sehingga menyebabkan udara tidak dapat dibebaskan. 2. Kawasan ruang udara atmosfera yang bertekanan rendah dan menyebabkan pengurangan daya angkat secara tiba-tiba. Keadaan ini sering berlaku di laluan kapal terbang yang mempunyai pergerakan udara yang bergelora dan menyebabkan tekanan ruang udara jatuh dan menjadikan tekanan rendah daripada tekanan persekitaran.
alcovealkofPerpustakaanTiada1. Ruang kecil, di dalam bilik yang terbentuk melalui pembinaan dinding atau melalui unjuran rak buku pada sudut kanan arah dinding atau sesekat yang dilengkapi dengan kerusi dan meja.
12345678910...

Kembali ke atas