Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.bah] | روبه

Definisi : Ar sj binatang spt anjing, Canis vulpes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.bah] | روبه

Definisi : ark; merubah menjadikan lain drpd yg asal, me­ngubah: ia ingin ~ penghidupannya; ke­budayaan Islam telah ~ perwatakan bangsa manusia; ~ perangai menukar perangai; perubahan perihal berubah; ® ubah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.bah] | روبه

Definisi : nama sj binatang spt anjing, Canis vulpes. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rubah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah 'ia' digunakan untuk merujuk kepada haiwan? Contoh: Pada suatu hari yang panas, rubah sedang berjalan melintasi padang. Ia sampai ke sebuah kebun anggur. 2. Bilakah 'kami' dan 'kita' digunakan? Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Terima kasih.

1. "Ia" tidak boleh merujuk binatang. "Ia" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan boleh digunakan untuk merujuk benda atau perkara yang dibicarakan, tetapi bukan binatang.

2.  Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca.

Tatabahasa31.05.2011
Perlukah (ataupun Wajibkah) tanda koma diletakkan selepas perkataan 'kemudian' dan 'kini' untuk sesuatu ayat? Bilakah tanda koma perlu digunakan selepas 'kemudian' dan 'kini'? Contoh: Kemudian, rubah itu melompat beberapa kali. Kemudian, dia duduk di atas kerusi itu. Kini, budak penggembala biri-biri menyesal akan perbuatannya itu. Kini, dia telah menolong saya pula. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian. Terima kasih.Selepas kedua-dua kata tersebut tidak perlu ditulis tanda koma, sebaliknya terus sahaja dengan perkataan yang mengikutinya seperti Kemudian dia duduk di atas kerusi itu.Ejaan31.12.2011
Apa perbezaan "merubah" dan "mengubah". Sila ambil maklum saya ingin mengadakan sebuah pertandingan mencipta blog berdasarkan tema "Broadband Merubah Hidup Saya".

Kata 'merubah' daripada kata dasar 'rubah' yang bermaksud mengubah.

Kata 'mengubah' adalah kata terbitan 'ubah'. 

Makna22.10.2009
Assalamualaikum... Saudara, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang perkataan 'merubah'. Mengapa perkataan ini diterima sedangkan tiada imbuhan 'mer' dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Di bawah entri ubah kata terbitan yang ada antaranya ialah berubah, mengubah, perubahan dan mengubahkan, manakala kata terbitan merubah berasal dari kata dasar rubah yang bermaksud  berubah menjadi lain, atau bertukar rupa, warna, dan lain-lain. Tatabahasa03.08.2009
Saya ingin membuat pertanyaan berkaitan dengan perkataan merubah(mengubah/merobah) yg sebelum ini tidak ada dalam senarai perkataan ( kamus) tetapi kini di dalam kamus dewan edisi iv telah disenaraikan.Boleh jelaskan kenapa perkataan merubah telah diterima pakai?Perkataan merubah bermaksud menjadikan lain daripada yang asal. Perkataan ini merupakan perkataan lama dan daripada kata dasar rubah, oleh itu diberi awalan me- menjadi merubah. Makna yang sama dengan perkataan ini ialah mengubah dan menukar.Tatabahasa30.04.2010

Kembali ke atas