Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.bah] | روبه

Definisi : Ar sj binatang spt anjing, Canis vulpes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.bah] | روبه

Definisi : ark; merubah menjadikan lain drpd yg asal, me­ngubah: ia ingin ~ penghidupannya; ke­budayaan Islam telah ~ perwatakan bangsa manusia; ~ perangai menukar perangai; perubahan perihal berubah; ® ubah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.bah] | روبه

Definisi : nama sj binatang spt anjing, Canis vulpes. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rubah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUBAH

Rubah ialah anggota famili anjing yang ekornya

berbulu lebat dan muncungnya tajam. Rubah

sebenar termasuk rubah artik, rubah kelabu, dan

rubah merah. Rubah hidup di seluruh dunia,

kecuali di Antartika dan Asia Tenggara, dan di

sesetengah pulau. Rubah boleh didapati di tanah

ladang dan hutan, di gurun, malah di kawasan

berhutan sesetengah bandar dan subbandar.

UMUMUmum
PEMBURUAN RUBAH UMUM 
RUBAH ARTIK

Rubah Artik ialah rubah kecil yang tinggal di

kawasan yang gersang, tidak berpokok di sekitar

Lautan Artik dan di pulau-pulau di Lautan Artik.

UMUMUmum
KEDIAMAN HAIWAN

Kediaman haiwan lihat Beruang (Anak

beruang); Rubah (gambar); Serigala (Anak serigala).

UMUM 
KESAN TAPAK HAIWAN

Kesan tapak haiwan lihat Beaver; Beruang;

Harimau; Rubah; Tupai; Zirafah.

UMUM 
OMNIVOR

Omnivor ialah haiwan yang memakan haiwan

dan tumbuh-tumbuhan. Beruang, tikus, dan

rubah merah ialah contoh omnivor. Lihat juga

Herbivor; Karnivor.

UMUM 
KELUANG

Keluang ialah sejenis kelawar besar. Ia hidup di

kebanyakan kawasan tropika kecuali Amerika

Selatan. Ia biasa terdapat terutamanya di kawasan

Pasifik Selatan. Kepala dan badannya kira-kira 30

sentimeter panjangnya, dan bukaan sayapnya

mungkin melebihi 1.5 meter. Mukanya kelihatan

seperti muka rubah. Keluang memakan buah, dan

lebih sesuai dikenali sebagai kelawar buah. Ia juga

memakan kudup bunga, nektar, dan debunga. Pada

waktu siang, ia bergayut pada pokok, biasanya

bersama kelawar buah yang lain. Ini menjadikan

pokok kelihatan seolah-olah sarat dengan buah.

Keluang boleh bergerak jauh untuk mendapatkan

makanan. Ia boleh memusnahkan dusun buah-buahan.

UMUM 

Kembali ke atas