Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.di] | رودي

Definisi : Mn urat keting. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rudi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Bolehkah ayat-ayat berikut diterima? Terima kasih. 1. Hari-hari, saya pergi ke sekolah. (Bolehkah perkataan ‘hari-hari’ digunakan dalam ayat ini?) 2. Sungguh penat saya berasa. (Bolehkah frasa adjektif hadir di hadapan kata kerja?) 3. Saya hendak mencapai markah yang bagus. 4. Saya lapar. Jadi, saya memasak sebungkus mi segera. 5. Ana bertanya kepada Rudi mengapa dia hendak membeli beg baharu. 6. Murid-murid sedang membuat kertas ujian.

Pembetulan contoh ayat tersebut seperti yang berikut:

1. “Hari-hari, saya pergi ke sekolah” kurang tepat. Ayat yang betul ialah “Pada setiap hari saya pergi ke sekolah”.    

2. Ayat “Sungguh penat saya berasa” Frasa adjektif (sungguh penat) tidak boleh diletakkan di depan kata kerja tak transitif kerana kata tersebut berfungsi sebagai pelengkap. Ayat yang betul ialah “Saya berasa sungguh penat.”

3. Saya hendak mencapai markah yang bagus. Ayat ini betul.

4. “Saya lapar. Jadi saya memasak sebungkus mi segera”.  Ayat yang betul ialah “Saya lapar, jadi saya memasak sebungkus mi segera.” / “Saya berasa lapar, jadi saya memasak sebungkus mi segera.”

5. Ana bertanya kepada Rudi mengapa dia hendak membeli beg baharu.  Ayat yang betul ialah “Ana bertanya kepada Rudi sebab dia hendak membeli beg baharu.”

6. “Murid-murid sedang membuat kertas ujian”. Ayat yang betul ialah “Murid-murid sedang menjawab kertas ujian.”

 


Tatabahasa25.08.2021

Kembali ke atas