Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : catatan (kata atau tanda) yg me­­ng­arahkan perhatian pembaca dr suatu tempat ke tempat lain dlm sesebuah buku, fail dsb utk keterangan atau maklumat se­lanjutnya: mungkin ~ ini digunakan kerana masalah ejaan; satu lagi kelemahan kamus itu ialah terdapatnya terlalu banyak ~; merujuk silang merujuk drpd satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dsb) kpd satu kata atau bahagian buku (makalah, ren­cana dsb) yg lain: pemilihan kata dibuat se­cara ~ kpd kata yg menjadi komponen makna yg lain; merujuksilangkan merujukkan sesuatu (kata, bahagian buku dsb) kpd sesuatu (kata, bahagian buku dsb) yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: setiap entri haruslah di­rujuksilangkan dgn entri lain yg bersinonim dengannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata, tanda dsb yg mengarahkan perhatian pembaca dr satu tempat ke tempat lain dlm sesebuah buku, fail dsb utk keterangan atau maklumat lanjut. merujuk silang membuat rujukan dr satu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke satu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain utk mendapatkan keterangan atau maklumat lanjut. merujuksilangkan merujukkan sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb ke sesuatu kata atau bahagian buku, rencana dsb yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: Kata itu dirujuksilangkan ke kata yg mempunyai erti yg sama dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
silang
Kata Terbitan : bersilang, menyilangkan, persilangan,


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat. (c) Istilah yang mempunyai takrif yang berkait rapat dengan konsep sesuatu istilah yang lain, maka label entri Lihat juga digunakan sebagai penanda rujuk silang: DES ganda tiga (3DES) (Ig. triple DES (3DES); Br. DES ganda tiga; Id. DES tripel) Pengukuhan kepada DES asal yang menggunakan tiga atau dua kekunci berbeza. Pengukuhan ini melibatkan tiga

Kembali ke atas