Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.ju.kan]/[ru.ju.Öan]/[ru.ju/.kan] | روجوعن

Definisi : keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.ju.kan]/[ru.ju.Öan]/[ru.ju/.kan] | روجوعن

Definisi : keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Buku itu dijadikan ~ dlm bidang ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rujukan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam sejahteta, saya ingin memohon jasa baik pihak.DBP agar mencadangkan rujukan-rujukan yang dapat membantu saya dalam mengkaji asal usul dan perkembangan perkataan (anak)..Untuk pegetahuan tuan/puan,saya telah merujuk kamus etimologi,namun tiada maklumat yang berkaitan.Saya amat berharap pihak DBP dapat membanti saya.Ucapan terima kasih didahului.Soalan saudari akan kami panjangkan ke Bahagian Perkamusan.  Mereka akan memberikan jawapan melalui e-mel akan tetapi mungkin mengambil masa sedikit.  Terima kasih.Penyelidikan16.10.2014
Salam, manakah rujukan yang paling tepat /rujukan utama antara www. ejawi. net dan prpm.dbp. gov.my ?sebab ada percanggahan ejaan antara dua laman web ini. Terima kasih. :)Kedua-dua perisian ini amat berguna  sebagai wahana rujukan tulisan Jawi.  Rujukan  PRPM lebih berwibawa kerana  mengikut Ejaan Jawi yang Disempurnakan dan diterbitkan oleh DBP. Walau bagaimanapun berlaku sedikit kesilapan teknikal yang melibatkan ejaan, contohnya perkataan "BERHAD". Tuan/puan boleh juga merujuk DAFTAR KATA BAHASA MELAYU RUMI-SEBUTAN-JAWI EDISI KEDUA.  Lain-lain18.12.2017
Rujukan saya: SK3/22/5/2018 1. Perkataan nyah. Boleh tak perkataan nyah ditambah imbuhan selain daripada yang diketahui dan perkataan yang digunakan secara meluas. Cth. Dinyahsahkan. Penyahgunaan. 2. Ada tak istilah khas untuk "usul yang dah diluluskan". Satu atau 2 perkataan pendek. 3. perbahasan tentang usul-usul lulus pada mesyuarat lepas << adakah betul ayat ni? “usul lulus” boleh tak pakai? 4.Adakah semua perkataan boleh ditambah imbuhan? Semua jenis imbuhan maksud saya. Spt pendelegasian. Mendelegasikan. Di dalam buku apakah boleh saya menemukan formula/kaedah dalam menentukan boleh atau tidak imbuhan ditambah dalam mana-mana perkataan.1. Secara umumnya, setiap perkataan baharu boleh diwujudkan dengan syarat betul dari segi morfologi. Sekiranya pihak tuan ada perkataan baharu boleh dicadangkan kepada DBP dan pihak DBP akan mengesahkan penggunaan perkataan tersebut secara rasmi.

2. Usul diluluskan.

3. Perbahasan tentang usul yang diluluskan.

4. Boleh. Perkataan "Pendelegasian" digunakan oleh pihak Indonesia, Malaysia mencadangkan "perwakilan". Tuan boleh rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mempelajari pembetukan kata terbitan.

Lain-lain22.05.2018
rujukan hormat untuk Panglima Angkatan tenteraPanglima Agung (Besar)
Lain-lain17.10.2014
Salam 1Malaysia Bagaimanakah caranya untuk menulis rujukan atau bibilografi untuk rujukan yang diperolehi dari: 1. Surat khabar 2. Laman sesawang 3. Majalah Terima kasihContoh penulisan bibliografi:
1. Samad Ahmad, "Santun Berbahasa". Berita Harian, 11 November 2013..
2. Samad Ahmad, 2013. "Santun Berbahasa". www.dbp.gov.my.
3. Samad Ahmad, "Santun Berbahasa". Dewan Budaya, Ogos 2013.
Lain-lain08.01.2014
Bagaimana format 'citation ' jika prpm merupakan salah satu rujukan?PRPM merupakan rujukan melalui laman sesawang. Format petikan PRPM bergantung kepada gaya petikan yang digunakan sama ada APA, MLA, Chicago atau lain-lain yang berkaitan.Lain-lain02.10.2020
Selamat pagi. Kamu hendak meminjam buku cerita? Kamu hendak meminjam buku rujukan? (atau) 1. Kamu hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan? 2. Kamu hendak meminjam buku cerita atau rujukan? Mana satu ayat majmuk yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Kamu hendak meminjam buku cerita atau buku rujukan?

Tuan bolehlah merujuk halaman 542 -560 , buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk lebih lanjut.
Tatabahasa11.10.2016
Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa 'please advise'. Konteks: Untuk meminta nombor rujukan surat rasmi. Rujukan tuan: (please advise)Soalan tidak difahami. Sila berikan soalan dalam konteks yang lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan.
Penyemakan dan penterjemahan21.07.2021
Dalam penterjemahan, bagi sesebuah istilah, rujukan apakah yang lebih mutakhir untuk digunakan? Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Pelajar, Kamus Inggeris-Melayu, Istilah MABBIM, atau Istilah Malaysia?Setiap rujukan digunakan mengikut bidang tertentu. Dalam hal penggunaan kata, rujukan terbaik ialah Kamus Pelajar kerana Kamus Pelajar disasarkan untuk kegunaan pelajar dalam pembelajaran mereka. Berbeza dengan Kamus Dewan yang merakamkan pelbagai bentuk kata yang ada dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, jika merujuk Kamus Dewan, harus melihat label yang digunakan dan perkataan yang mempunyai label bp (bahasa Percakapan) tidak digunakan dalam konteks rasmi. Walau bagaimanapun jika hendak melihat makna kata, tuan boleh merujuk Kamus Dewan kerana kamus ini mempunyai entri yang lebih banyak daripada Kamus Pelajar. Dalam hal peristilahan pula, rujukan Istilah Malaysia lebih utama kerana disesuaikan konteks penggunaan tempatan.Lain-lain01.10.2015
'Kumpulan rujukan' adalah kumpulan yang mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak langsung terhadap gelagat atau sikap pengguna seperti rakan,jiran,kumpulan professional.Apakah maksud "kumpulan rujukan" dalam ayat ini?Mohon berikan maklumat tambahan mengenai konsep dan konteks berkaitan dengan “kumpulan rujukan” yang dimaksudkan kerana frasa ini mempunyai makna yang luasMakna15.12.2021
12345678910...

Kembali ke atas