Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.ju.kan]/[ru.ju.Öan]/[ru.ju/.kan] | روجوعن

Definisi : keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.ju.kan]/[ru.ju.Öan]/[ru.ju/.kan] | روجوعن

Definisi : keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Buku itu dijadikan ~ dlm bidang ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rujukan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AZIMUT

Azimut ialah ukuran di sepanjang ufuk sudut di

antara objek dengan titik rujukan. Titik rujukan ini

biasanya di utara, dan sudut ini diukur mengikut

arah pusingan jam. Objek yang terletak di timur

akan mempunyai azimut 90 ° . Angin dari arah 27 °

ialah yang bertiup dari barat. Azimut boleh juga

diukur dari titik di selatan. Dalam kes ini, objek

dengan azimut 135 ° akan terletak di barat laut.

Titik rujukan boleh digambarkan dengan lebih

jelas lagi dengan memberi arahnya sebagai S

135 ° B.

UMUM 
RUJUKAN KEHORMATkata yang digunakan untuk menyapa seseorang mengikut taraf sosialnya.BAHASAKonsep
BUKU RUJUKAN

Buku rujukan lihat Almanak; Atlas;

Ensiklopedia; Kamus; Perpustakaan.

 

UMUM 
TAMAN PERTANIAN SERI CAHAYAPusat rujukan dan kajian dalam bidang pertanian.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
AMALIY, AL-Amaliy, al- ialah sebuah sumber rujukan dan

manuskrip klasik. Penulisnya ialah Abu ‘Ali al-

Qaliy. Kitab ini merangkumi banyak ilmu

sebagaimana yang diterangkan oleh penulis

dalam pendahuluan buku yang akan dipaparkan

sebahagian daripadanya dalam artikel ini.

UMUM 
PUSAT ANGKASA LEPAS JOHN F. KENNEDYInstitusi yang menjadi tempat rujukan para angkasawan atau ahli astronomi.FIZIKInstitusi/Organisasi
KAMIL FI AL-LUGHAH WA AL-ADAB, AL-

Kamil fi al-Lughah wa al-Adab, al- ialah salah

satu daripada kumpulan kitab rujukan utama dalam

bidang kesusasteraan Arab. Ia dikarang oleh Abu al-

‘Abbas Muhammad ibn Yazid al-Mubarrid al-

Thumali, berketurunan daripada kabilah Thamalah

al-Azdiyah.

UMUM 
NOMBOR OKTANA

Nombor oktana ialah nombor yang menunjukkan

sebaik mana bahan api motor tahan terhadap

“ketukan”. “Ketukan” berlaku apabila bahan api

terakhir dalam silinder enjin terbakar terlalu cepat.

Nombor oktana bahan api motor diketahui dengan

membandingkan kecenderungan ketukan bahan api

dengan kecenderungan ketukan bahan api rujukan

dalam enjin ujian. Setiap bahan api rujukan adalah

campuran heptana normal (bahan api cenderung-

ketukan) dan isooktana (bahan api tahan ketukan).

Heptana normal mempunyai nombor oktana sifar,

dan isooktana mempunyai nilai 100. Bahan api motor

mempunyai nombor oktana 85 jika ia menghasilkan

ketukan yang sama sebagaimana bahan api rujukan

yang terdiri daripada 85 peratus isooktana dan 15

peratus heptana normal. Kebanyakan petrol

mempunyai nombor oktana dari 80 hingga 100. Lihat

juga Petrol.

UMUM 
BIBLIOGRAFI

Bibliografi ialah senarai buku atau rencana

tentang sesuatu subjek. Bibliografi juga biasa

terdapat di hujung buku teks atau rencana panjang

yang baik. Bibliografi memberi rujukan kepada

pembaca tentang tulisan-tulisan lain yang memberi

maklumat tambahan tentang subjek itu.

UMUM 
KITAB TAJ MULUK

KITAB TAJ MULUK, kitab rujukan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit. Kitab ini mempunyai judul yang lengkap sebagai Taj al-Muluk al-Mursa b Anwai al-Durri wa al-Jawahiri al-Manzumat yang bererti ’mahkota segala raja-raja yang bertatah mutiara maknikam yang tersusun’.

BUDAYAKitab
123

Kembali ke atas