Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru/.yah] | روءية

Definisi : Ar 1. pelihatan, pandangan; 2. = ruk­yatulhilal melihat anak bulan utk me­nentu­kan permulaan Ramadan (Syawal dan Zul­hijah); ahli ~ orang yg menganut hukum wajib berpuasa dgn melihat anak bulan (lwn ahli nisab yg menentukan permulaan puasa me­nurut perhitungan); tanda ~ alamat dgn me­mukul gendang raya dll utk mengumumkan nampaknya anak bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru/.yah] | روءية

Definisi : 1 penglihatan. 2 = rukyatulhilal perbuatan melihat anak bulan utk menentukan permulaan bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah: Kita mula berpuasa mengikut ~ dan hisab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rukyah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
khiyar rukyahkhiyar rukyahPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli yang tidak melihat produk yang ingin dibeli. Pembeli berhak menolak barangan belian kerana syarat sah khiyar adalah dengan melihat barangan belian. Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat khiyar ini hukumnya harus tetapi Mazhab Syafii tidak mengharuskannya kerana wujud unsur gharar dan penipuan pada produk tersebut.

Kembali ke atas