Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Cantik-cantik belaka atau cantik belaka 2. Nilai murni - mencuci pinggan masing-masingselepasmakan semasa aktiviti perkhemahan? 3. Nilai murni bagi makan dengan tenang walaupun tidak sendless makan di rumah ?1. Cantik belaka. Soalan 2 dan 3 tidak difahami maksudnya?Lain-lain22.02.2014
1.kata "dengan" termasuk dalam sendi nama atau kata hubung? 2. Boleh tak digugurkan kana nafi 'tidak' yang kedua dalam ayat majmuk gabungan seperti di berikut: Dia 'tidak' fokus ketika pembelajaran dan 'tidak' menyiapkan kerja rumah.1. "Dengan" boleh berfungsi sebagai kata sendi nama atau kata hubung bergantung pada konteks ayat yang digunakan.
2. Kata nafi "tidak" boleh digugurkan dalam ayat contoh yang tersebut.
Tatabahasa27.06.2013
salam, Tuan/Puan, adakah ayat berikut adalah betul? perkataan "sedang" dan "hendak" boleh wujud bersama-sama? Terima kasih atas penjelasan~ 1)Encik Firdaus sedang hendak pergi ke pejabat. 2)Banjir itu jua telah memusnahkan enam buah rumah.1. Encik Firdaus hendak pergi ke pejabat. 2. Banjir itu juga telah memusnahkan enam buah rumah.Tatabahasa26.08.2013
Assalammualaikum wbrt. Saya Roshafezal Bin Rosaland, boleh panghil saya Faizal. Saya merupakan seorang ejen hartanah.
Baiklah soalan saya apakah definisi tingkat 2 yang sebenar dan sebetulnya? Ada yang berpendapat tingkat satu bermula dari aras pertama, kemudian barulah tingkat 2, ada pula yang menyatakan tingkat 2 adalah aras ketiga selepas aras pertama dan kedua.
Dalam bahasa inggeriskan ada istilah Ground Floor maka tingkat satu adalah selepas Ground Floor iaitu aras ke 2.
Berbeza pula jika kita nyatakan rumah teres 1 tingkat, rumah teres 2 tingkat. Tiada pula wujud masalah kerana tiada penggunaan Ground Floor di situ. Dalam bahasa inggeris panggil Single Storey untuk rumah 1 tingkat dan Double Story untuk rumah 2 tingkat.
Boleh Tuan/Puan bantu beri penjelasan dan war-warkan supaya masyarakat tidak keliru lagi dan tidak wujud salah faham dan ada rujukan yang boleh kita rujuk.
Maaf jika rujukan tersebut sudah wujud tapi saya tidak jumpa menerusi carian Google.
Terima kasih atas perhatian.
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.Wassalam
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2376, perkataan tingkat bermaksud susunan atau lapisan bangunan, mangkuk, tanah dan lain-lain yang bertindih-tindih atau terletak satu di atas satu yang lain atau; dasar atau lantai di sesuatu ruang bangunan, kompleks beli-belah, hotel dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak ada ketetapan khusus dalam penamaan atau penomboran tingkat bagi sesuatu bangunan. Penamaan dan penomboran tersebut bergantung pada konsep sesuatu bangunan atau pemilik bangunan. Pada kebiasaannya, kebanyakan bangunan bermula dengan tingkat/aras bawah, diikuti tingkat satu, tingkat dua dan seterusnya.Makna28.03.2024
Yang manakah antara ayat-ayat berikut adalah betul, tolong perbetulkan jika terdapat kesalahan, dan mengapa. Terima kasih. 1. Cuaca di Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat. 2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam di reban belakang rumah datuk. 3. Kuncik pintu itu dengan rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.1. Sibu pada petang ini dijangka hujan lebat.
2. Ular sawa itu melulur dua ekor ayam dalam reban di belakang rumah datuk.
3. Kunci pintu itu rapat-rapat agar tidak dimasuki pencuri ketika kita tiada di rumah.
Tatabahasa24.07.2012
1. Respon kepada soalan saya yang lepas iaitu jika 'ya' merupakan kata pembenar, apakah bentuk kata terbitan 'ya' sekiranya digabungkan dengan imbuhan apaitan 'meN-...-kan'. Adakah 'mengeyakan', 'mengyakan' atau 'mengiakan'.( dengan membawa maksud bersetuju dengan pendapat orang lain) 2. "Saya" merupakan bentuk kata ganti nama diri orang pertama. Bagaimana pula dengan 'adik saya', 'abang saya' dan 'ibu saya'?. 3. Apakah bentuk ayat pasif bagi ayat aktif di bawah? i) Ibu saya menanam sayur di belakang rumah.1. Kata terbitan daripada perkataan ya ialah mengeyakan, jika perkataan ia menerbitkan perkataan beria-ia barulah menghasilkan perkataan mengiakan.
2. Saya ialah kata ganti nama diri pertama, manakala abang saya dan adik saya ialah frasa (bukan kata ganti nama diri).
3. Sayur ditanam ibu di belakang rumah.
Tatabahasa03.03.2012
Tuan / Puan, Betulkah contoh ayat yang berikut: 1. Rumah itu sangat besar sekali. 2.Rumah itu sungguh besar sekali. 3. Rumah itu amat besar sekali.1. Rumah itu sangat besar sekali. 
2. Rumah itu sungguh besar sekali. 
3. Rumah itu amat besar sekali.
Ketiga-tiga contoh ayat yang diberikan betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244.
Tatabahasa22.04.2016
Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih.Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadi. Tatabahasa17.07.2011
1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. (apakah kesalahan ayat di atas?)

1. Rumah orang kaya di atas bukit itu sangat luas dan cantik. - perkataan luas kurang tepat kecuali jika disabitkan kepada dalaman rumah, lazimnya rumah disebut sebagai besar.

 

Tatabahasa19.08.2010
Apakah kesalahan ejaan dan imbuhan dalam ayat di bawah? (Sila bersertakan sebab kenapa salah) 1.Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial. 2.Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu. 3.Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas. 4.Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat. 5.Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan. 6.Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah. 7.Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair. 8.Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis. 9.Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas. 10.Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat. 11.Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris. 12.Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.1. Kita perlu berkerjasama dengan pihak berkuasa untuk membenteras gejala sosial.
2. Orang ramai mengawasi demi keselamatan mereka semasa tragedi ngeri yang berlaku pada waktu tengahari itu.
3. Mereka menghiasi bilik darjah secara bergotong-royong pada sebelah petang supaya pemelajaran pada waktu pagi tidak terjejas.
4. Para pendayung itu terpaksa menungkah arus sebelum tiba di garisan tamat.
5. Ketua kampung itu dihormati oleh anak-anak buahnya kerana beliau sering membantukan pendudok kampung yang dalam kesusahan.
6. Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi disebabkan penduduk di situ berasa gelesah.
7. Kebanyakan pakaian songket yang dipamerkan itu pernah diperagai oleh para peragawati terkemal tanahair.
8. Lelaki yang disyaki menculik anak hartawan itu telah ditangkap oleh pehak polis.
9. Penulis itu menghantar karyanya kepada syarikat penerbitan untuk mencetak melalui e-mail kerana lebih mudah dan pantas.
10. Hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga perlu erat untuk menjaminkan keharmonian hidup bermasyarakat.
11. Anak-anak dilarang melakukan perkara yang boleh mencemari nama baik ibu bapa supaya perasaan mereka tidak terguris.
12. Syarikat binaan milik rakyat setempat mempunyai kepakaran dalam pemasangan syiling rumah.
Sila rujuk Kamus dan buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan ejaan/imbuhan yang betul dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa02.08.2013
12345678910...

Kembali ke atas