Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK

ADAT PERKAHWINAN MELAYU SARAWAK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Sarawak di Kuching, Seri Aman, Miri, Sibu, Bintulu dan Limbang. Adat perkahwinan dan peraturan kekeluargaan penduduk Melayu Sarawak tertakluk kepada Undan-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 1910 di bawah pentadbiran Majlis Islam.

1">            Perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu Sarawak terbahagi kepada lima. Pertama, ‘nikah benar’ iaitu perkahwinan yang biasa berlaku dan mengikut segala peraturan hukum dan adat yang biasa. Kedua, ‘nikah salah’ iaitu perkahwinan setelah melakukan perbuatan yang curang atau sumbang. Ketiga, ‘nyerah diri’ dan keempat, ‘ngekot’, serta kelima, ‘basuh kaki’. Nyerah diri berlaku jika lelaki menyerahkan dirinya kepada keluarga perempuan yang berada kerana tidak mampu untuk berkahwin mengikut adat. Keluarga perempuan boleh menghalau atau menolaknya secara lembut dengan mengenakan syarat yang ketat. Ngekot pula berlaku jika perempuan lari dari rumah untuk mengikut kekasihnya. Basuh kaki ialah perkahwinan yang sebahagian besar belanjanya ditanggung oleh pihak perempuan.

 

Merisik1">           Mencari jodoh dilakukan melalui keserasian antara pasangan lelaki dan perempuan. Apabila ibu bapa merasakan anak lelaki mereka sudah cukup umur untuk berkahwin, mereka akan mencadangkan nama beberapa orang gadis daripada saudara dekat dengan mengambil kira persamaan status dalam masyarakat. Anak lelaki dibenarkan membuat pilihannya sendiri dan pemilihannya itu diuji melalui ‘berugam’. Upacara menguji keserasian ini dijalankan oleh orang perempuan sahaja. Barang yang digunakan dalam upacara ini ialah ‘turak’ (alat penenun yang bulat), beras, tepung tawar iaitu tepung beras yang dicampur dengan limau, sirih tiga kapur dan tiga gulung rokok.

1">           

BUDAYAKonsep
DATUN JULUT

DATUN JULUT, tarian masyarakat Kenyah di Sarawak. Tarian ini biasanya ditarikan oleh kaum perempuan pada hari kebesaran ataupun semasa meraikan kedatangan pelawat ke rumah panjang mereka. Lazimnya, tarian ini diadakan pada waktu petang. Kadang-kadang pihak lelaki juga ikut serta bagi menyerikan lagi suasana perayaan tersebut.

1">         

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ADAT PERKAHWINAN SULUK

ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik.

1">             

 

 

BUDAYAKonsep
RASUNA SAID

RASUNA SAID (1910-1965), nasionalis Indonesia. Dia lahir pada 14 September 1910 di daerah Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya, Haji Muhamad Said, adalah pedagang yang menubuhkan Syarikat Tunaro Yunus, sehingga mereka dikenal sebagai keluarga yang kaya dan dihormati. Rasuna menerima pendidikan awal di sekolah desa dan di Sekolah Diniyah Padang Panjang. Dia juga mempelajari ilmu agama dengan Haji Abdul Karim Amrullah dan belajar di Sekolah Rumah Tangga, Padang Panjang. Pada tahun 1926,  dia belajar di Sekolah Thawalib, Panyinggahan Maninjau dan tamat pada tahun 1928. Setelah bebas daripada pembuangan di Semarang, Jawa Tengah, dia belajar di Islamic College, pimpinan Muchtar Yahya.

1">           

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas