Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ridgeperabungKesenianSeni BinaBahagian puncak bumbung rumah. Reka bentuk perabung biasanya pelbagai bergantung pada tujuan dan faktor-faktor lain yang berkaitan. Contohnya, rumah-rumah tradisonal Melayu seperti rumah Minangkabau mempunyai bentuk bumbung yang memanjang, berbentuk lentik seperti tanduk kerbau.
chevron (decoration)pucuk rebung (corak)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiUkiran pada tembikar, rumah tradisi masyarakat Melayu dan tenunan kain di Malaysia dan di Nusantara. Ukiran ini dikenali juga dengan nama bawal (gayo) di Acheh, tumpal di Jawa dan pucuak di Minangkabau. Ukiran ini berbentuk segi yang mengambil bentuk rebung buluh yang dikaitkan dengan unsur kekuasaan dan kesuburan. Corak pucuk rebung ini berbentuk segi tiga dan berkaki yang disusun secara berderet, kadangkala segi tiga itu digabungkan dengan unsur-unsur bunga dan putik buah. Contohnya, pada rumah tradisi masyarakat Melayu, ukiran pucuk rebung sering dipasang papa papan cucuran atap dan muka tebar layar.

Kembali ke atas