Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tingkat1 lapis sesuatu benda (spt ba­ngunan, tangga) yg bersusun-susun atau berlonggok-longgok: Rumah pang­­­sa itu sepuluh ~ tingginya. 2 taraf kedudukan; darjat; pangkat: Ada antara Duta Besar yg sama ~nya dgn Menteri. 3 peringkat sesuatu kejadian: Pembinaan masjid itu masih pd ~ awal. bertingkat ada tingkatnya; mempunyai tingkat. bertingkat-tingkat 1 bersusun-susun atau berlapis-lapis: Bangunan di bandar itu kebanyakannya ~. 2 ber­pangkat-pangkat atau berkelas-kelas. meningkat 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badan­nya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 ber­ubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah ber­tam­bah baik. meningkatkan meninggikan kedudukan, taraf dll. Mereka berusaha utk ~ taraf hidup. mem­pertingkatkan menjadikan bertingkat(-tingkat). ting­­­katan 1 peringkat; kelas; taraf (ke­dudukan dsb): orang ~ atasan orang dr golongan atasan. 2 darjah (di sekolah menengah). peningkatan per­buatan, hal dsb meningkat atau me­ningkatkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas