Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social welfarekebajikan sosialPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha atau tindakan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan kemudahan asas kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam masyarakat. Kebajikan sosial melibatkan usaha atau program yang berbentuk peningkatan kualiti kehidupan seperti penyediaan kemudahan asas, perumahan baru, peningkatan pendapatan, peluang kerjaya dan penyaluran subsidi. Fokus utama kebajikan sosial adalah kepada golongan miskin, warga tua, orang kurang upaya, pelajar dan kumpulan minoriti. Antara contoh kebajikan sosial ialah PPRT, rumah kebajikan anak yatim dan rumah seri kenangan.

welfare statenegara kebajikanSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mengamalkan satu sistem kebajikan untuk semua rakyat. Konsep penting dalam negara ini ialah kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan rakyat negaranya hidup dalam keadaan yang selesa. Negara kebajikan ini memberi pelbagai jenis kemudahan seperti pendidikan dan perkhidmatan hospital yang percuma. Di samping itu, negara ini turut memberi pelbagai bentuk konsesi lain seperti elaun kepada penganggur, cuti bersalin yang panjang, elaun untuk warga emas, layanan istimewa untuk orang cacat dan potongan rendah untuk bayaran pengangkutan dan sewa rumah perbadanan kerajaan. Walau bagaimanapun untuk membiaya semua kos perkhidmatan ini, negara kebajikan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi serta mengenakan cukai lain kepada sektor perniagaan. Sektor swasta pula perlu melaksanakan dasar kebajikan seperti yang dilaksanakan oleh sektor awam. Contoh negara kebajikan yang masih aktif ialah Great Britain, Netherland, Sweden, Norway, Denmark dan Finland.
almoneralmonerPerubatanTiadaPegawai kebajikan hospital yang terlatih untuk menyiasat keadaan rumah tangga dan sosial pesakit sehubungan dengan penyakit yang dihidapinya

Kembali ke atas