Puisi
 

Si kain pelikat Raja Pangeran,
     Tuang serbat di dalam takar;
Sangat ajaib kerja yang hairan,
     Hujan lebat rumah terbakar.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU

ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU, tempat bersemayam raja-raja Melayu. Istana merupakan lambang kedaulatan dan tanda status raja yang memerintah. Perkataan istana berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu ‘astana’ atau ‘asthaa’. Perkataan ini digunakan bagi menyebut suatu tempat tinggal, tempat kediaman tetap, tempat bersemayam dan tempat beradu. Perkataan istana digunakan bagi menyebut rumah kediaman raja-raja Melayu untuk membezakannya daripada rumah rakyat. Istana ialah pusat pentadbiran dan menjalankan aktiviti yang berhubung dengan upacara adat istiadat dan juga pertahanan. Seorang raja yang tidak mempunyai istana, tidak dihormati dan akan menjatuhkan imejnya sebagai raja yang berdaulat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
KOMPLOT RUMAH RYE

Komplot Rumah Rye ialah rancangan

yang direka oleh anggota radikal Parti Whig

Inggeris pada tahun 1682 dan tahun 1683.

Pengkomplot merancang untuk membunuh

Charles II, raja England, dan adik lelakinya James,

Duke of York, penganut Roman Katolik dan

pewaris takhta.

UMUM 
PETITION OF RIGHT

Petition of Right ialah satu dokumen yang

ditulis pada tahun 1628 oleh Parlimen Inggeris dan

dikemukakan kepada Raja Charles I. Dokumen

tersebut mengisytiharkan bahawa tindakan-

tindakan yang tertentu oleh Raja tidak mengikut

perlembagaan, seperti mengenakan cukai tanpa

persetujuan Parlimen, menempatkan anggota

tentera di rumah persendirian, menubuhkan

kerajaan tentera dan memenjarakan rakyat dengan

cara yang tidak sah di sisi undang-undang.

UMUM 
KERATONKERATON, istana raja di jawa, Indonesia. Perkataan ini berasal daripada perkataan Hindu. Makna keraton yang lebih luas ialah kawasan kediaman keluarga diraja. Keraton biasanya didiami oleh raja sendiri dan keluarganya yang ada hubungan darah raja dan juga hamba raja. Dalam bahasa Jawa daerah, 'dalem benteng' bermaksud keraton yang dikelilingi oleh tembok batu yang tinggi seolah-olah `kota kecil' dalam kota seperti yang terdapat di keraton Yogyakarta dan Surakarta. Dalam kota kecil ini terdapat rumah kediaman, jalan, pintu gerbang dan se­bagainya.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SABERKAS

SABERKAS, syarikat kerjasama.  SABERKAS ialah singkatan Syarikat Bekerjasama Am Saiburi.  Saibudri adalah nama lain bagi Kedah pada masa pemerintahan Siam.  SABERKAS mula bergerak secara sulit sejak akhir tahun 1945, di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.  Perjumpaan pertama untuk menubuhkannya diadakan secara sulit di sebuah rumah, di Jalan Raja, Alor Setar.  Tuanku Abdul Rahman Putra telah dipelawa untuk memimpin syarikat ini.  Siam dan Jepun meluluskan pendaftaran syarikat ini pada 21 Julai 1945.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ACROPOLIS

Acropolis ialah pusat agama dan tentera

sesebuah negara kota di Yunani purba. Orang

Yunani biasanya membina kubu di atas bukit, yang

dinamakan acropolis, di dalam atau dekat kota

untuk pertahanan. Ia kerap merupakan tempat

pertama yang diduduki. Semasa kegemilangan era

Mycenaea (1400–1200 S.M.), istana raja biasanya

dibina di atas bukit. Istana juga menjadi kubu

tentera dan tempat perlindungan bagi warga kota

semasa kecemasan. Kuil-kuil terpenting bagi

negara kota juga dibina di sini, termasuk rumah

berhala dewa mereka.

UMUM 
SEKOLAH MELAYU PRINCES' ROAD

SEKOLAH MELAYU PRINCES’ ROAD, antara sekolah Melayu lelaki yang tetua di Selangor. Sekolah ini mula dibina pada tahun 1938 dalam kawasan lebih kurang 3 hektar di Princes’ Road (kini Jalan Raja Muda Abdul Aziz) Kuala Lumpur. Sekolah ini mula dibuka pada 15 Mei 1939 dan guru besar pertamanya ialah Encik Abdul Manan Dato’ Betuah.  Kini, sekolah ini mempunyai empat blok termasuk kantin dan lapan unit rumah kediaman guru.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DAYANG SAHADADAYANG SAHADA, ( ?  -  ?), perintis pelajaran sekular Melayu di Sarawak pada abad ke-19. Bersama-sama suaminya, Abang Kasim, dia membuka kelas untuk orang perempuan dan lelaki di rumah bapa mentuanya, Datu Bandar atas galakan Ranee Margaret Brooke, isteri Raja Charles Brooke yang memerintah Sarawak dari tahun 1868 hingga tahun 1917. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAT JENIN

MAT JENIN, cerita jenaka Melayu.  Biasanya cerita ini dituturkan pada waktu tertentu sebagai bahan hiburan.  Cerita ini bermula dengan watak Mat Jenin, seorang pemuda miskin yang kerjanya mengambil upah memanjat pokok kelapa.  Sambil memanjat pokok kelapa dia berangan-angan untuk menjadi kaya.  Upah yang diperoleh daripada memanjat pokok kelapa itu akan dibelinya ayam.  Ayam itu kemudian dijualnya dan dibelinya kambing.  Kambing itu dijual dan dibelinya lembu. Kemudian lembu itu dijual, lalu dia membeli kerbau.  Kerbau itu dikumpulkannya dan dibelinya rumah dan tanah.  Apabila kaya, dia akan berkahwin dengan puteri raja.  Oleh sebab terlalu gembira dengan angan-angannya, tangannya terlepas daripada memegang pelepah kelapa.  Dia jatuh ke tanah lalu mati.

SASTERAKarya

Kembali ke atas