Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat merawat orang sakit, hospital; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rumah tempat merawat orang sakit; hospital. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Rumah ini tiang sepuluh,
     Mari kudiri di atas rakit;
Malam ini malam kesepuluh,
     Kerana menunggu orang sakit.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud penyenggaraan dan penyelenggaraan

.  Kamus Dewan mentakrifkan kata penyelenggaraan ialah perbuatan menyelenggarakan sesuatu, pelaksanaan, pengelolaan: cara-cara ~ pemerintahan; 2. pemeliharaan, pengawasan: ia di rumah sakit dan dlm ~ tuan doktor.

Penyenggaraan ialah perbuatan menguruskan, menyenggarakan, pengendalian, pengurusan; selenggara.

Makna29.05.2009
Salam tuan, mohon penjelasan bagaimana hendak menggandakan kata majmuk "ibu bapa". Apakah penjelasanya. Terima kasih

Salam saudara Fendi Yusof,

Ibu bapa termasuk dalam kata majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas yang tidak mantap sama seperti maklum balas, kemas kini dan rumah sakit. Oleh itu, cara untuk menggandakan kata majmuk 'ibu bapa' adalah penggandaan penuh iaitu 'ibu bapa-ibu bapa'

Namun jarang digunakan peggandaan penuh bagi ibu bapa. Yang kerap digunakan adalah 'kedua-dua ibu bapa' mahupun 'ibu bapa para pelajar'

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (hlmn. 75)

Tatabahasa09.08.2012
Salam sejahtera, Adakah "betapa pun" dikategorikan sebagai kata hubung? Sekian, terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, betapa bermaksud  peri, alangkah: sekarang dia menyedari ~ mustahaknya papan tanda tersebut; ~ senangnya hati anak negeri; 2. sesuai dgn, seperti: maka nenek kebayan pun bersiaplah ~ adat kahwin anak raja besar-besar; 3. bagaimana, dgn cara apa: ~ halnya kita hendak membawa dia ke rumah sakit sedangkan kita tidak mempunyai kenderaan; 4. meskipun: ~ dicarinya, tidak juga ditemukan.

Merujuk pada buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, betapa merupakan kata tugas dan dalam kategori kata hubung.
Tatabahasa07.12.2013
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. Apakah penjodoh bilangan bagi klip kertas besi atau plastik? 2. Bagaimanakah cara untuk membezakan 'kata akar' dan 'kata dasar'? 3. Apakah yang dimaksudkan dengan kata majmuk? 4. Harap tuan dapat memberikan contoh kata majmuk. Terima kasih.1. Penjodoh bilangan yang paling hampir untuk digandingkan dengan klip kertas ialah keping. Walau bagaimanapun lazimnya klip kertas dikira dalam bentuk unit, iaitu satu, dua dan tiga atau dalam jumlah yang lebih besar sekotak klip.
2. Kata akar ialah kata yang belum diberi apa-apa imbuhan, contohnya ajar yang boleh menerima awalan beR- menjadi belajar. Kata dasar ialah kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan, contohnya belajar yang boleh menerima apitan peN-...-an menjadi pembelajaran.
3. Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, contohnya gambar rajah, alat tulis dan rumah sakit.
Tatabahasa29.03.2012
Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri?

Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24.  Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. 

Tatabahasa25.10.2010
Salam sejahtera 1) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk menyimpan di dalam fail. 2) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail. 3) Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk saya menyimpan di dalam fail. 4) Sebuah helikopter sedang berlalu di atas rumah saya. 5) Saya membawa murid-murid saya untuk mereka menyertai pertandingan ini. 6) Dalam berapa lamakah puan boleh menyiapkan kerja-kerja pemasakan pesanan saya. 7) Dimanakah tempat pencucian tangan? 8) Semua kedai buka atau terbuka pada hari Ahad. 9) Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan balutan luka. 10)Saya membawa emak saya ke hospital ini untuk ditukarkan pembalut luka. Adakah ayat-ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah "Saya mahukan salinan sijil cuti sakit saya untuk disimpan di dalam fail" Tatabahasa08.01.2022
A'um / selamat malam... Bagaimana hendak membezakan antara adjung dan komplemen dalam ayat? Contohnya: Aminah menyapu sampah di halaman rumah. "di halaman rumah" adjung atau komplemen? Tolong jelaskan sedikit.Adjung ialah unsur sekunder dalam binaan linguistik yang boleh digugurkan tanpa menjejaskan binaan ayat. Cth. Kereta baharu itu dilancarkan kelmarin(adjung). Komplemen ialah bahagian frasa yang diperlukan untuk menyempurnakan ayat. Cth. Dia menjadi guru. Dia menyatakan bahawa ibunya sakitTatabahasa02.03.2008
1. artikel yang kamu cari ada pada muka surat 15. adakah penggunaan kata pada itu sesuai/betul digunakan dalam ayat tersebut? 2. setibanya di rumah, emi terasa/berasa sakit perut. perkataan manakah yang sesuai digunakan, terasa atau berasa?apakah perbezaan terasa dan berasa? 3. ayah emi membawanya ke hospital/ ayahnya membawa emi ke hospital/ ayah emi membawan emi ke hospital. betul atau tidak ketiga-tiga ayat di atas?Dalam prosesIstilah19.07.2010
Assalamualaikum.Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang penggunaan beberapa jenis kata keterangan seperti 'juga' dan 'lagi'.Harap dapat dijelaskan..Sekian terima kasihJuga: 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua. Lagi: 1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~ dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari hamzah di dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib ~ berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula; Lain-lain26.03.2009
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul.  

1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan.

2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah.

3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh.

4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit.

Tatabahasa07.07.2008
12

Kembali ke atas