factory lumber | papan kilang | Kesenian | Seni Bina | Kayu yang telah dipotong menjadi papan untuk tujuan pemprosesan lanjutan, digred berdasarkan fungsi penggunaan papan yang akan menghasilkan potongan mengikut saiz dan kualiti tertentu. Contohnya, pembinaan rumah-rumah tradisional Melayu banyak menggunakan papan yang berkualiti tinggi. |
serambi | serambi | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang memanjang tertutup, yang biasanya dihiasi dengan tingkap di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah rumah tradisional Melayu yang direka bentuk dengan serambi terbuka. Serambi berfungsi sebagai ruang tetamu lelaki yang dikenali oleh tuan rumah, sama ada yang mempunyai hubungan keluarga atau tiada hubungan keluarga. Serambi juga dijadikan tempat untuk mengadakan majlis formal, mengajar dan membaca al- Quran, serta tempat tidur anak-anak dan tetamu lelaki. |
bendul | bendul | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Pembahagi yang terletak di pintu antara ruang serambi dengan ruang tengah rumah tradisional Melayu. 2. Kayu keras yang dipasang di sekeliling bahagian luar atau dalam rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai pengikat rumah supaya rumah menjadi kukuh. |
truss | kekuda | Kesenian | Seni Bina | Kerangka bumbung yang diperbuat daripada kayu atau keluli yang biasanya berbentuk segi tiga, disusun dan direka untuk memindahkan beban yang ditanggung ke setiap titik sokongan. Kekuda bumbung yang diperbuat daripada kayu sering dapat dilihat di rumah-rumah tradisional Melayu, namun kini penggunaan kekuda yang diperbuat daripada keluli telah semakin meluas digunakan kerana kos yang rendah dan kaedah pemasangan yang lebih mudah. |
anjung | anjung | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang terbuka yang terletak di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai ruang tempat tuan rumah meraikan tetamu, sama ada yang dikenali atau tidak dikenali untuk tujuan perbincangan dan sebagainya. |
attic | loteng | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bilik atau tingkat atas yang terletak di bawah bumbung di dalam sesebuah bangunan atau rumah. Dalam seni bina rumah tradisional Melayu, loteng yang juga dikenali sebagai peran, berfungsi sebagai ruang tidur yang biasanya digunakan oleh wanita, khususnya anak gadis untuk tujuan keselamatan. Loteng turut digunakan sebagai tempat menyimpan barang. |
tiang seri | tiang seri | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tiang utama di dalam rumah tradisional Melayu. Tiang ini merupakan tiang pertama yang didirikan semasa pembinaan rumah, biasanya terletak di tengah rumah. Tiang seri dibuat daripada kayu pokok keras yang matang dan terpilih. Di sesetengah tempat yang mengikut adat, tiang seri akan diasap dan disertai dengan jampi serapah oleh tukang rumah sebelum dan semasa tiang didirikan. |
terra cotta | terra cotta | Kesenian | Hiasan Dalaman | Produk atau objek yang diperbuat daripada tanah liat tidak bersepuh dan berwarna perang kemerah-kemerahan.Terra cotta dibakar dan dibentuk menjadi corak tertentu. Contohnya, atap Singgora terra cotta yang banyak digunakan pada rumah tradisional Melayu di Kelantan dan Terengganu. |
cloister | serambi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ruang memanjang di bahagian hadapan yang bersambung dengan rumah ibu (di bahagian luar rumah) serta beratap dan berdinding rendah, sebahagian atau sepenuhnya. Serambi dianggap sebagai ruang khas dan digunakan dalam keadaan yang lebih rasmi. Serambi biasanya digunakan sebagai tempat untuk berehat. Ruang ini juga diwujudkan untuk keperluan khusus bagi kaum lelaki semasa keraian tertentu. Kebanyakan rumah tradisional orang Melayu pada hari ini masih mempunyai serambi. Sinonim beranda. |
traditional style residence | kediaman ala tradisional | Landskap | Tiada | Rumah yang mempunyai reka bentuk gaya tradisional sama ada dari bahan, buatannya, ruang dan susun aturnya. |