Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.bia] | رومبيا

Definisi : sj tumbuhan (palma yg menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, Met­roxylon spp.; atap ~ atap yg diperbuat drpd daun rumbia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.bia] | رومبيا

Definisi : nama sj pokok palma yg menghasilkan sagu dan daunnya dpt dibuat atap, Metroxylon spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumbia

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sago palm (Metroxylon sagu)rumbia (Metroxylon sagu)PertanianTiadaTiada
penghelaianpenghelaianKesenianTiadaProses menjadikan rotan, mengkuang, pandan, pelepah rumbia kepada helaian mengikut ukuran tertentu. Bentuk bulat menggunakan adang, manakala bentuk leper menggunakan runti.
kilik (Bid.)kilik (Bid.)KesenianTiadaBakul kurung daripada pelepah rumbia, bermulut bulat, berbingkai rotan atau buluh, beranyam jarang, berbucu empat, dan bertangkai ribis.
kahavat (Kdz.)kahavat (Kdz.)KesenianTiadaBakul tapis daripada kulit pelepah rumbia, bermulut bulat, berbadan cembung, berukuran besar yang boleh memuatkan dua orang, dan digunakan untuk menapis sagu.
korob (Kdz.)korob (Kdz.)KesenianTiadaBakul kandung daripada rotan atau pelepah rumbia, berbentuk silinder, berkerangka, dan digunakan untuk membawa padi selepas dituai.
lumbok (Bid.)lumbok (Bid.)KesenianTiadaBakul amin kecil daripada rotan atau pelepah rumbia, berbentuk silinder, berbucu empat di bahagian bawah, beranyam rapat, dan digunakan untuk membawa bijirin atau buah lada, buah kopi dan lain-lain.
thatchatapLandskapTiadaBumbung yang diperbuat daripada daun nipah, daun kelapa, daun rumbia atau jerami.
mucilagelendirPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahan lekit yang diperoleh daripada tumbuhan tertentu dan digunakan sebagai perekat semula jadi yang daya pelekatan dan keluasannya rendah. misalnya, lendir pohon rumbia.
modern dramadrama modenKesenianDrama dan TeaterGenre drama realistik yang dipentaskan berdasarkan skrip yang ditulis khas. Dalam konteks drama Melayu, drama realisme dekad 1960-an dianggap sebagai pelopor drama moden. Contohnya, Atap Genting Atap Rumbia, Buat Menyapu Si Air Mataatau Tamu di Bukit Kenny.
problem playdrama masalahKesusasteraanTiadaDrama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan.
12

Kembali ke atas