Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mi.nan] | رومينن

Definisi : (Bio) haiwan spt lembu, kambing dan rusa yg mengeluarkan balik makanan yg separuh cerna dr perut utk dikunyah semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mi.nan] | رومينن

Definisi : ist haiwan spt lembu, kambing, rusa yg mengeluarkan balik makanan yg separuh cerna dr perut ke dlm mulut utk dikunyah semula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ruminan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUMINAN

Ruminan ialah nama yang diberi kepada haiwan

meragut yang mengunyah makanannya dan

mempunyai huf terbahagi. Haiwan seperti ox, biri-biri,

lembu, unta, llama, rusa, kambing, antelop,

dan zirafah adalah ruminan.

UMUMUmum
MAMAHAN

Mamahan ialah ketulan kecil makanan yang

dikeluarkan semula dari perut haiwan yang

dikenali sebagai ruminan untuk dikunyah kali

kedua.

UMUM 
PERUT

Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur

alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan

usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan

kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak

pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan

(haiwan yang mengunyah mamahannya), perut

mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada

perut manusia (lihat Ruminan ).

UMUM 

Kembali ke atas