Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mi.nan] | رومينن

Definisi : (Bio) haiwan spt lembu, kambing dan rusa yg mengeluarkan balik makanan yg separuh cerna dr perut utk dikunyah semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mi.nan] | رومينن

Definisi : ist haiwan spt lembu, kambing, rusa yg mengeluarkan balik makanan yg separuh cerna dr perut ke dlm mulut utk dikunyah semula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ruminan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ruminant stomachperut ruminanVeterinarPraklinikalPerut majmuk haiwan ruminan yang dibentuk oleh rumen; retikulum; omasum dan abomasum.
forestomachperut depanVeterinarPraklinikalTiga bahagian pertama daripada empat bahagian perut ruminan; iaitu retikulum; rumen dan omasum. Perut depan merupakan bahagian utama pencernaan ruminan. Perut depan dikenali juga sebagai proventrikulus. Sinonim proventrikulus.
cassavaubi kayuVeterinarTiadaTanaman yang menjadi sumber makanan ternakan. Bahagian tubernya mengandungi karbohidrat yang tinggi dan menjadi sumber tenaga kepada ternakan bukan ruminan. Daunnya pula boleh menjadi sumber protein untuk ternakan ruminan. Bahagian tuber mempunyai 15 MJ/kg tetapi mempunyai kandungan protein yang rendah. Manakala bahagian daunnya mengandungi protein kasar sebanyak 18-22%. Penggunaannya sebagai salah satu komponen dalam diet perlu berhati-hati kerana kandungan racun sianid yang terdapat di dalamnya. Beberapa cara untuk mengurangkan kadar keracunan sianid sama ada pada tuber ataupun daunnya ialah dengan pemanasan ketuhar, direbus atau dijemur. Nama saintifik: Manihot utilisima Pohl atau Manihot esculenta Crantz.
post-ruminal digestionpencernaan pascarumenVeterinarTiadaProses pencernaan yang berlaku selepas digesta memasuki abomasum sehingga sampai ke bahagian kolon pada ternakan ruminan. Proses pencernaan dan penyerapan pada peringkat ini adalah sama dengan apa yang berlaku pada ternakan bukan ruminan.
microbial proteinprotein mikrobVeterinarTiadaProtein yang terhasil daripada mikrob. Pada ternakan ruminan, protein ini banyak terdapat di dalam rumen yang terdiri daripada bakteria dan protozoa. Mikrob ini akan bergerak ke abomasum dan seterusnya dicerna oleh enzim pepsin dalam abomasum. Hampir 70% daripada keseluruhan protein yang diperoleh haiwan ruminan didapati daripada protein mikrob. Pada ternakan herbivor dan babi, protein ini terdapat di dalam kolon dan sekum serta menyumbang kira-kira 10% daripada keperluan protein untuk haiwan tersebut. Protein jenis ini juga terdapat dalam protein sel tunggal yang selalunya dijadikan sebagai sumber bahan makanan ternakan.
abomasumabomasumVeterinarTiadaBahagian keempat daripada perut haiwan ruminan. Bahagian ini disebut juga sebagai perut sebenar kerana dindingnya mempunyai kelenjar yang merembeskan enzim pencernaan. Organ ini memanjang berbentuk buah pear dan terletak di dasar abdomen sebelah kiri antara tulang rusuk ke-7 hingga ke-12. Bahagian pangkal abomasum bersambung dengan perut ketiga, iaitu omasum dan hujungnya bersambung dengan usus kecil. Dinding organ ini mengeluarkan asid hidroklorik dan enzim pepsin untuk pencernaan. Lihat juga ruminan, rumen, retikulum, omasum.
preruminant animalhaiwan praruminanVeterinarTiadaAnak haiwan ruminan yang baru lahir sehingga berumur beberapa minggu sebelum terbentuknya rumen. Anak haiwan ini perlu diberi makanan yang mudah dicerna kerana perutnya belum boleh menerima bahan yang berserabut tinggi. Susu yang diminum oleh anak haiwan ini akan melalui alur esofagus untuk sampai ke abomasum. Sekiranya dipisahkan daripada ibunya, anak haiwan ini mestilah diberi minuman pengganti susu yang mengandungi bahan yang mudah dicerna seperti susu tepung, glukosa, kanji, dan sumber protein seperti hampas kacang soya dan mil ikan. Apabila rumen terbentuk, alur esofagus ini akan hilang dengan sendiri. Lihat juga ruminan.
ruminantruminanVeterinarTiadaTiada
ruminantruminanPerubatanTiadaTiada
ruminantruminanPertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas