Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mit] | روميت

Definisi : Mn tidak mudah, sukar, sulit, susah: kami menghadapi persoalan beras yg ~; kalau jadi begitu, ~ pula hidup mereka anak-beranak kerana tiada pekerjaan; dlm ~ sedang hamil; merumitkan menyukarkan, menyulitkan, me­­nyusahkan: kalau dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut; perkara cadangan di luar negeri itu akan ~ per­­jalanan Bank Negara; kerumitan perihal rumit, kesukaran, ke­sulitan, kesusahan: ~ yg besar kpd pekedai ialah memungut hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mit] | روميت

Definisi : tidak mudah; susah; sukar; sulit: Mereka tidak dpt menyelesaikan masalah yg ~ itu. merumitkan menjadikan rumit; menyusahkan; menyukarkan. kerumitan keadaan atau hal rumit; kesukaran; kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumit (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, payah, sulit, kompleks, rencam, leceh, ruwat, remeh, runyam;,
Kata Terbitan : merumitkan, kerumitan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bunyi yang terdiri daripada gabungan gelombang sinusoid yang berlain- an frekuensi. (FIZ) complex wave number (nombor gelombang kompleks) Nombor gelombang yang boleh diungkapkan dalam bentuk kompleks. (FIZ) complicated fracture (fraktur rumit) Pecah atau patah tulang yang mengakibatkan kecederaan bahagian atau organ yang berdekatan dengan tulang yang berkenaan. (UBAT) composite error (ralat rencam) Ralat yang terbentuk akibat kandungan suruhan atau kerana data anak daun. Daun majmuk terbahagi kepada daun palmat dan daun pinat yang masing-masing berlainan dari segi peruratan dan kedudukan petiol. (BIO) compound logic element (unsur logik majmuk) Unsur logik rumit yang dibentuk daripada gabungan unsur logik mudah se- perti DAN, ATAU dan TAK. (KOM) compound train (rangkaian majmuk) Sistem gear yang mengandungi aci-aci pertengahan yang setiap satu dari- padanya

Kembali ke atas