Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.mit] | روميت

Definisi : Mn tidak mudah, sukar, sulit, susah: kami menghadapi persoalan beras yg ~; kalau jadi begitu, ~ pula hidup mereka anak-beranak kerana tiada pekerjaan; dlm ~ sedang hamil; merumitkan menyukarkan, menyulitkan, me­­nyusahkan: kalau dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut; perkara cadangan di luar negeri itu akan ~ per­­jalanan Bank Negara; kerumitan perihal rumit, kesukaran, ke­sulitan, kesusahan: ~ yg besar kpd pekedai ialah memungut hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.mit] | روميت

Definisi : tidak mudah; susah; sukar; sulit: Mereka tidak dpt menyelesaikan masalah yg ~ itu. merumitkan menjadikan rumit; menyusahkan; menyukarkan. kerumitan keadaan atau hal rumit; kesukaran; kesusahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rumit (adjektif)
Bersinonim dengan sukar, susah, payah, sulit, kompleks, rencam, leceh, ruwat, remeh, runyam;,
Kata Terbitan : merumitkan, kerumitan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)
complicatedrumitKejuruteraanTiadaTiada
complicated methodkaedah rumitFizikTiadaTiada
complex (adjective)kusut; rumit; rencamPendidikanTiadaTiada
intricate coordinationkoordinasi rumitSosiologiTiadaTiada
complicated methodkaedah rumitKimiaTiadaTiada
complicated fracturefraktur rumitPerubatanTiadaPecah atau patah tulang yang mengakibatkan kecederaan bahagian atau organ yang berdekatan dengan tulang yang berkenaan.
ecclesiastical embroiderysulam gerejaKesenianTiadaSulaman rumit yang melambangkan bentuk kehidupan, pemandangan dan simbol keagamaan yang digunakan untuk sulaman pada kain altar, jubah dan hiasan dinding.
church embroiderysulam gerejaKesenianTiadaSulaman rumit yang melambangkan bentuk kehidupan, pemandangan dan simbol keagamaan yang digunakan untuk sulaman pada kain altar, jubah dan hiasan dinding.
ornamenthiasanKesusasteraanTiadaGaya prosa yang rumit, tertib dan ostentatious yang digunakan dalam pensejarahan sastera Russia. Dalam kesusasteraan Melayu, gaya tersebut mungkin boleh dilihat dalam sastea hikayat semasa memerikan babak upacara dan adat resam istana. Pemerian ini disebut oleh Bausani sebagai �hiasan keupacaraan� yang banyak dimuatkan dalam karya hikayat Melayu. Babak dalam upacara sering kali diperikan dengan bahasa yang stailistik, tersusun dan tertib untuk mencerminkan budaya yang halus dan sempurna. Lihat juga kesantunan.
123456

Kembali ke atas