Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.pai] | رومڤاي

Definisi : rumput dan tumbuh-tumbuhan kecil lain yg tidak berguna di kawasan yg telah diusahakan; ~ laut tumbuhan berwarna hijau, perang atau merah gelap yg hidup di dlm laut, atau di atas batuan yg terendam di pinggir laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.pai] | رومڤاي

Definisi : rumput dan tumbuh-tumbuhan lain yg tidak berguna: ~ air rumpai yg tumbuh di air. ~ laut tumbuh-tumbuhan yg berwarna hijau, perang atau merah gelap yg hidup di dlm laut atau di atas batu yg terendam di pinggir laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumpai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RACUN RUMPAIRacunPERTANIANKonsep
RUMPAI BABI

Rumpai babi ialah rumpai biasa tahunan. Akarnya

yang kuat, tahan lasak, tumbuh di tanah yang sesuai

untuk tanaman.

UMUMUmum
RUMPAI LAUT

Rumpai laut ialah nama bagi mana-mana

organisma laut bak tumbuhan yang cukup besar

untuk dilihat dengan mata kasar. Rumpai laut boleh

didapati tumbuh di dasar laut, terapung-apung di

permukaan laut, melekat pada batu-batan dan jeti,

dan terdampar di pantai.

UMUMUmum
RACUN HERBA

Racun herba ialah sebatian kimia yang digunakan

untuk mengawal dan memusnahkan tumbuhan yang

tidak dikehendaki. Racun herba kadangkala dikenali

sebagai racun rumpai. Petani menggunakan racun

herba untuk mengawal pertumbuhan rumpai di

celah-celah tanaman. Kita juga menggunakan racun

herba untuk menghapuskan rumpai di laman,

taman, kawasan perindustrian, dan kawasan-kawasan

lain.

UMUM 
RUMPAI KOLAMRumpai kolam ialah tumbuhan yang tumbuh

dalam air, terutamanya air tenang. Rumpai kolam

mempunyai bunga kecil berwarna hijau yang

tumbuh di permukaan air.

UMUMUmum
RUMPAI KEBAKARAN

Rumpai kebakaran, juga dikenali sebagai

herba willow ialah tumbuhan tegak yang tumbuh

subur di Zon Sederhana Utara. Ia mendapat

namanya kerana ia muncul dengan cepat selepas

kebakaran hutan.

UMUMUmum
RUMPAI

Rumpai ialah tumbuhan yang tumbuh di tempat

ia tidak dikehendaki tumbuh. Tumbuhan boleh

dianggap sebagai rumpai di satu tempat tetapi

tidak di tempat lain.

UMUMUmum
RUMPAI SUSU

Rumpai susu ialah nama bagi lebih daripada

100 jenis tumbuhan yang mempunyai jambak

rerambut bak sutera pada bijinya dan

mengandungi jus bak susu.

UMUMUmum
RUMPAI CAPERumpai Cape ialah tumbuhan yang

diperkenalkan dari Afrika Selatan ke Australia pada

awal tahun 1800-an. Ia dinaturalisasikan di Australia

Barat pada tahun 1833.

UMUMUmum
AGAR-AGAR

Agar-agar ialah bahan seperti gelatin yang

diperoleh daripada rumpai laut seperti lumut

Ceylon. Agar-agar digunakan sebagai kultur (asas)

tempat bakteria berkembang untuk kerja saintifik.

Tukang masak Timur menggunakan agar-agar

sebagai makanan. Agar-agar ini juga digunakan

dalam perubatan. Agar-agar rumpai laut adalah

daripada jenis alga merah. Alga ini terdapat di Asia

tropika dan di sepanjang pantai Lautan Pasifik di

Amerika Syarikat.

UMUM 
1234

Kembali ke atas