Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[run.cit] | رونچيت

Definisi : bermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai: menjual barang-barang ~; kedai ~ a) kedai yg menjual barang secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna); b) kedai yg menjual barang yg bermacam-macam; jual(an) ~ jual(an) secara kecil-kecilan; penjual ~ penjual berbagai-bagai barang; perbelanjaan ~ perbelanjaan utk membeli barang yg kecil-kecil atau sedikit-sedikit; beruncit; beruncit-runcit sedikit demi se­dikit, berdikit-dikit, beransur-ansur: mengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja kpd semua peringkat; peruncitan (yg berkaitan dgn) perniagaan runcit (iaitu pembelian dan penjualan barang­an secara sedikit-sedikit: konsep ~; sistem ~; peruncit peniaga secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna), peniaga runcit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[run.cit] | رونچيت

Definisi : 1 bermacam-macam; berjenis-jenis; berbagai-bagai: Dia berniaga barang-barang ~. 2 sedikit-sedikit; kecil-kecilan: jualan ~ jualan secara sedikit-sedikit. beruncit, beruncit-runcit melakukan sesuatu sedikit demi sedikit; beransur-ansur: Mereka menjual barang itu secara ~ kpd pekedai-pekedai. peruncit peniaga yg menjual secara runcit; peniaga runcit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
runcit
Kata Terbitan : beruncit-runcit,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, kata dasar yang menerima ber-...-an perlu menerima kata sendi nama atau tidak jika belakangnya ialah kata nama yang berperanan sebagai objek? Contohnya: berhampiran dengan kedai runcit atau berhampiran kedai runcit?Ayat yang gramatis ialah "...berhampiran kedai runcit". Namun begitu, ayat "...berhampiran dengan kedai runcit" juga tidak salah.Tatabahasa18.05.2014
Yang manakah betul? a. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali ./ Rumah Ali berdekatan kedai runcit Pak Ali. b. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. / Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren. Terima kasih.Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah

1. Rumah Ali berdekatan dengan kedai runcit Pak Ali
2. Bekas yang dijinjingnya berisikan jus oren
Tatabahasa08.07.2020
Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemahkan penyataan ini "Retail and Services". Terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "retail and services". Istilah bahasa Melayu untuk "retail" ialah runcit atau jualan runcit. Istilah bahsa Melayu untuk "services" ialah perkhidmatan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah jualan runcit dan perkhidmatan.Istilah18.04.2013
KEDAI RUNCIT FLORASila layari http://dbpsahbahasa.my/default untuk penyemakan dan pengesahan bahasa dalam iklan.

Terima kasih.
Lain-lain09.01.2018
KEDAI RUNCIT AULIA ISKANDARTuan, terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Sekiranya tuan ingin mendapatkan pengesahan, sila ke Sistem Pengesahan Bahasa DBP untuk mendapatkan semakan dan pengesahan.Lain-lain15.02.2015
KEDAI RUNCIT DALM JAWIEjaan Jawi bagi "kedai runcit" ialah کداي رونچيتEjaan26.11.2019
apakah maksud yang tepat dengan kedai runcit, kedai serbaneka dan pasar mini ?Kedai runcit ialah kedai yang menjual barang-barang sedikit-sedikit kepada pengguna. Kedai serbaneka pula ialah kedai yang menjual aneka jenis barang manakala pasar mini ialah kedai moden yang saiznya tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan biasanya dalam tin, bungkusan dan sebagainya dan barang-barang keperluan harian secara layan diri.Makna25.04.2019
Apakah terjemahan yang betul bagi grocery bag? Adakah "beg runcit" terjemahan yang betul? Terima kasih.Cadangan kami ialah beg barang runcit.Istilah21.11.2011
Ali menjinjing bakul dan memilih minyak masak di sebuah kedai runcit. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah “ Ali menjinjing bakul sambil memilih minyak masak di sebuah kedai runcit” .Tatabahasa17.03.2014
Minta bantuan ejaan Jawi untuk 1) KEDAI SEBARNEKA 2) KEDAI RUNCIT 3) MINI MARKETEjaan Jawi bagi Kedai Serbaneka ialah کداي سربانيک
Ejaan Jawi bagi Kedai Runcit ialah کداي رونچيت
Ejaan Jawi bagi Mini Market ialah  ميني مرکيت


Lain-lain13.12.2021
123

Kembali ke atas