runut | bekas tapak kaki dll, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dll): ~ harimau; ~ kereta; mendapat ~ mendapat keterangan (bkn perkara yg sedang diselidiki; putus ~ kehilangan jejak (bekas); songsang ~ Mn sj tenung; merunut, merunuti 1. mengikuti (menuruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runut suap(feed track) | Bahagian tepi kertas cetakan atau bahagian tengah pita kertas yang mengandungi lubang kecil untuk menerima gegancu yang menggerakkan kertas ke hadapan. | Kamus Komputer |
runut jam penanda(clock marker track) | Jejak yang dilalui oleh jam penanda sistem. | Kamus Komputer |
runut jam(clock track) | Jejak pada permukaan bahantara rakaman yang dirakamkan dengan suatu corak digit dan bertindak sebagai isyarat rujukan. Runut jam merupakan isyarat jam penyegerakan pada maklumat yang terakam dalam bahantara rakaman tersebut. | Kamus Komputer |