Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.nut] | رونوت

Definisi : bekas tapak kaki dll, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dll): ~ harimau; ~ kereta; mendapat ~ mendapat keterangan (bkn per­kara yg sedang diselidiki; putus ~ kehilangan jejak (bekas); songsang ~ Mn sj tenung; merunut, merunuti 1. mengikuti (me­nu­ruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunuti­nya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
runut (kata nama)
Bersinonim dengan jejak, bekas, alur, jalan;,
Kata Terbitan : merunuti,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah nama bagi tayar kereta kebal? Dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai caterpillar track/continuous track. Adakah tepat jika saya gunakan istilah tayar? tetima kasihTuan.

Berdasarkan data kami, caterpillar track wheel boleh diterjemahkan kepada roda runut Caterpillar. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=caterpillar+track&d=129316&#LIHATSINI.

Sekian, terima kasih.
Istilah03.07.2017

Kembali ke atas