Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.suh] | روسوه

Definisi : 1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah spt pencurian dll), tidak aman: keadaan ekonomi yg begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali; 2. gaduh, huru-hara, kacau, ribut: negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera; 3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dll), kasar (permainan bola sepak dll), tidak berperaturan, ceroboh: bahasanya ~ benar; ~ benar makanannya apa sahaja di­makan­nya; 4. tidak tenteram fikiran, (sangat) geli­sah: ~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dll); merusuh membuat rusuh (spt mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dll): orang salah ~ dlm penjara; sekumpulan kecil drpd penonton telah ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil; merusuhi mengganggu (ketenteraman), me­ngacau: tikus tanah yg selalu ~ sawah kami; merusuhkan menyebabkan rusuh, me­nim­bulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dll); rusuhan kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-pelajar itu; ~ kaum rusuhan yg berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yg berlainan dlm sesebuah komuniti atau negara, yg berpunca drpd sebab-sebab tertentu; pasukan (polis) pencegah ~ polis utk me­madamkan rusuhan; kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, ke­ributan, dsb); perusuhan 1. perbuatan merusuhi (me­rusuh­kan); 2. huru-hara, pemberontakan, dsb; perusuh pengganggu ketenteraman, penga­cau, penderhaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.suh] | روسوه

Definisi : = ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua; berusuh; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu; merusuh menjadi rusuh (gelisah, khuatir, sedih): ia mulai tenang, lebih dikuasainya hati yg ~ itu; merusuhkan 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~ fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan, membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan; kerusuhan; ~ hati perihal rusuh hati (ke­gelisahan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.suh] | روسوه

Definisi : 1 tidak aman; huru-hara; kacau; gempar (kerana peperangan dll): Negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan tentera. 2 tidak sopan; tidak bertatatertib; kasar: Bahasanya ~ benar. merusuh membuat rusuh; mengacau: Mereka ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil. merusuhkan menimbulkan atau mendatangkan kekacauan (huru-hara dll). rusuhan kejadian merusuh: Banyak orang yg telah tercedera dlm ~ itu. perusuhan perbuatan merusuh atau merusuhkan. perusuh orang yg merusuh; pengganggu keamanan: ~-~ itu sudah ditahan polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ru.suh] | روسوه

Definisi : , = ~ hati tidak senang hati; sentiasa gelisah; risau: Hatinya sentiasa ~. berusuh; ~ hati bersusah hati; berdukacita: Banyak orang yg ~ hati oleh kematian pemimpin itu. merusuhkan menimbulkan atau mendatangkan rasa rusuh (hati); menggelisahkan: Banyak perkara yg ~ fikirannya. kerusuhan keadaan atau perasaan rusuh; kekacauan. ~ hati keadaan atau perasaan rusuh hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rusuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kacau-bilau: huru-hara, gempar, terganggu, tenar, cabuh, rangak,
Berantonim dengan aman

2. Bersinonim dengan tidak sopan: kasar, biadab, tidak beradab, tidak berbasa, tidak senonoh,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : merusuh, rusuhan, perusuhan, perusuh,